'Segmen Bloglist 2020' by Tiara Sapphire

Assalammualaikum...


klik pada banner

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Tiara Sapphire (bagi yg belum follow)
  2. Buat entry 'Segmen Bloglist 2020'. copy banner dan backlink ke post ini.
  3. Masukkan blog Tiara Sapphire (http://tiaarasapphire.blogspot.com) dalam bloglist blog anda.
  4. Tinggalkan link entry di ruangan komen.
Semua penyertaan akan dimasukkan dalam bloglist blog ini supaya senang nak blogwalking nanti.
Segmen Tamat : 15 Januari 2020 | 11.59 Malam

TAXES CITY CAR SPA DI KEMAMAN

Assalammualaikum..

Di mana-mana sahaja jika dilihat banyak perniagaan cuci kereta ni telah dibuka. Sama ada menggunakan mesin atau tenaga kerja manusia. Yang pastinya perkhidmatan mencuci ini sangat diperlukan bagi segelintir orang. Yelah kadang kala dengan kesibukan kerja dan masa, masing-masing tak sempat nak mencuci kenderaan sendiri. Perkhidmatan kedai cuci kereta macam ni la selalu diterjah untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa.



Jom Ida nak kongsikan sebuah kedai yang menjalankan khidmat mencuci kereta yang telah beroperasi dari tahun lepas iaitu Taxes City Car Spa yang terletak di Chukai Kemaman.


Apa servis yang disediakan di Taxes City Car Spa ni?

  • Carwash
  • Headlamp treatment
  • Carseat cleaner
  • Detailing
  • Water mark
  • Nano mist








Nak hilangkan bau busuk hapak dalam kereta? Tiada masalah di sini boleh dilakukan.



Dengan kaedah Nano Mist anti bacteria system semua masalah akan selesai. 

  • nyah debu habuk
  • memberi kesegaran
  • Udara bersih terjamin
  • Membasmi kuman bakteria
  • bebas dari percemaran
Ada yg tercari-cari jugak headlamp pada lampu kerete?

Haaaaa...sini pun ada! Tak nyah nak pening-pening lagi. Terlanjak murah pula tu. 


RM 80! RM 80! SAHAJA (sepasang)



So siapa yang ingin perkhidamatan macam ni boleh la singgah di Taxes City Cas Spa

Lokasi : Chukai, Kemaman
  • Simpang masuk ais milo kepal
  • belakang bangunan rayhar
  • sebelah asrama lelaki sek men chukai
Waktu operasi

  • 9.30 pagi - 1.00 tengahari
  • 01.00 tghari - 02.00 petang (rehat / solat zohor)
  • 02.00 - 9.30 malam
  • 9.30 malam - tutup

Ingin tahu lebih lanjut boleh terus hubungi



En Saiful 

SELAMAT TAHUN BARU 2020

Assalammualaikum...

Sudah menjelang tahun baru 2020. Kalau zaman sekolah dulu sebut je tahun 2020. Wah mesti zaman ni nanti, semua serba canggih. Macam ala-ala space kalau dalam movie tu.hahaha. Tapi hakikatnya. Sama je..ada jugak la peningkatan dalam bidang teknologi tu tapi takde la sampai ada kereta terbang bagai.


Persekolahan anak-anak juga telah bermula hari ni. Biasa la kalau anak-anak yang baru nak bersekolah. Mesti la ada adegan air mata, mengamuk semua ada. Syabas pada para guru yang berjaya tenangkan anak-anak.

Biasalah diorang tak pernah kenal orang luar selain keluarga sendiri. Jadi takut la. Nanti ada kawan mesti tak ingat dunia dah.

Anak-anak Ida alhamdulillah takde adegan menangis ni. Dah besar kan.hahaha. Nasib la kejut pagi tadi takde nak buat liat sangat.

Anyway Happy New Year untuk uolls. Semoga apa yang uolls hajatkan tahun lepas akan tercapai tahun ni.

REVIEW: BEAUTILOVE MASK NATURAL RANGE

Assalammualaikum...

Produk penjagaan kulit sememangnya sinonim dengan kaun wanita dan tak kurang juga kepada lelaki. Bukan sahaja wanita, malah sekelintir kaum lelaki juga amat menitikberatkan penjagaan kulit ini. Selain dengan penggunaan skincare harian seperti facial wash, toner, moisturizer mahupun scrub, penggunaan mask juga sebenarnya penting dalam penjagaan kulit ini.




Kali ni Ida nak review tentang mask yang baru Ida cuba ni iaitu Beautilove Mask Natural Range. 


Apa yang menariknya pasal Beautilove Mask Natural Range ni, ia diformulasikan dengan Teknologi Nano Encapsulation yang boleh meresap ke dalam kulit kita untuk membekalkan penghidratan selama 24 jam! Best kan.

Kita ni seharian sibuk dengan kerja, uruskan itu dan ini. Kulit kita pula terdedah dengan asap, habuk, sinaran UV akan menyebabkan kulit kita menjadi kering dan kusam.





Dan paling menariknya pasal mask ni, ia bebas dari parabens, minyak mineral, alkohol dan agen pemutihan. Jadi tak perlu risau kerana ia tidak akan memudaratkan pada kulit kita.

Penggunaan mask ni dalam seminggu at least kita pakai sebanyak 2-3 kali sahaja.

Jom Ida kongsikan 3 mask dari Beautilove yang Ida telah cuba. Memang sangat-sangat best dan terasa lembut pada kulit.

1. Super Fruit Mask ( Stay Young )





Mask ini kaya dengan multivitamin dan semestinya mengandungi antioksidan yang berperanan untuk melindungi sel kulit dari regenerasi dan elakkan dari kedutan. Malah ia melindungi sel epidermal stem kulit dari musnah dan mengecilkan pori-pori serta menganjalkan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak semulajadi epal yang memang bagus untuk kulit kita.

2. Healthy VG Mask ( Skin Nutrients )





Mask jenis ni pula mengandungi banyak agen pelembap yang akan meningkatkan kelembapan dan membantu kulit lebih lembap, lembut dan lindungi kulit dari terhasil garis-garis kedutan. Mask ini juga mengandungi ekstrak semulajadi timun.

3. Botanical Mask ( Moisture Lock )






Mask ini mengandungi banyak nutrien, mineral, asid amino, vitamin dan mempunyai kelembapan yang tinggi untuk kulit kita. Ia membantu melembapkan, melembutkan, membaiki sel dan membentuk kolagen baru pada kulit kita. Ia juga mengandungi ekstrak semulajadi aloe vera.

Selain itu uolls juga boleh cuba mask lain seperti Aroma Therapy Mask, Floral Scent Mask, dan Fortune Mask.

Uolls boleh dapatkan mask ni di Fanpage diorang dan sertai peraduan yang sedang berlangsung sekarang. Syarat mudah je dan uolls berpeluang memenangi hadiah iaitu bekalan produk Beautilove Mask selama 1 bulan !!!

Like, follow dan sertai peraduan mereka sekarang!

HOMESTAY BERDEKATAN DENGAN I-CITY SHAH ALAM

Assalammualaikum...

I-City yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam memang agak terkenal dengan tempat yang penuh dengan kilauan cahaya lampu terutamanya pada waktu malam. Malah I-City theme park jugak salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi jika berada di sini.


Tentang tempat penginapan atau pun tempat makan jangan risau kalau berada di Shah Alam ni. Di mana-mana sahaja ada dan senang untuk didapati.

Kali ini Ida nak share dengan uolls homestay bajet yang berdekatan dengan I-City Shah Alam. Memang sangat dekat iaitu di depan Central I-city. Tak perlu naik kenderaan, jalan kaki je dah sampai ke I-City.


Harga mungkin ada yang sangka sangat mahal, al maklumlah dekat dengan I-City kan, dekat pula dengan mall dan berada di tengah bandar. Insyaallah uolls pasti akan rasa berbaloi terutamanya kalau uolls pergi holiday beramai-ramai.


boleh tengok pemandangan bandar di waktu malam


tandas selesa dan besar


Dapur dan peti ais juga disediakan. So kalau nak memasak pun boleh


ruang tamu yang agak luas. Kalau rasa tidur dalam bilik tak muat, boleh je tidur depan






Puas hati kan? Homestay ni ada 2 bilik dengan katil Queen. Siap beraircond lagi. Jika perlukan toto, beliau akan sediakan. Mesin basuh pun ada, so jangan risau kalau tak cukup baju nak pakai. Homestay ni masih baru lagi jadi banyak lagi kemudahan yang akan dimasukkan nanti.

Harga? 

Hanya RM230/day atau RM280/weekend. Tapi kalau ambil 2 malam hanya RM400 sahaja. Kalau uolls ramai. Boleh la share kan. So 2 malam just RM200 je.

Nak swimming? Nak gym? Semua ada. Korang jangan risau. Nak shopping ke mall, turun lift sahaja. Jalan ke Central Walk, dah boleh masuk shopping kat Sogo di dalam mall tu. 

Gym dia sebelah swimming pool je. Tapi selepas mandi uolls jangan terus naik lift tau, masuk dulu dalam bilik air sebelah swimming pool untuk keringkan badan dalam sauna. Best masuk sauna tu, berpeluh badan. Residence ni sangat menjaga kebersihan dan keselamatan sini. 

Di sini Ida kongsikan sedikit video video sekitar residence ni.




Jika berminat untuk duduk homestay bila datang bercuti berdekatan dengan I-City, boleh la contact owner ni okay!

En Salehudin