RESEPI KERABU SOTONG SUHUN

Assalammualaikum..

Hujung minggu ni sambil memikirkan apa nak menulis dalam blog ni. Tiba-tiba terasa nak makan kerabu la plak. Bahan-bahan belum ada jadi kita buka facebook dulu cari resepi yang best.hahaha.

Hari ini Ida nak kongsikan resepi kerabu sotong suhun.




RESEPI KERABU SOTONG SUHUN


Bahan-bahan :


  • 400gm sotong 
  • suhun 
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang 
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu besar gula 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dengan limau nipis/lemon 
  • kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit 
Bahan hiris :

  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji cili api 
  • 1 biji cili merah/hijau 
  • kacang panjang 
  • daun ketumbar 
  • carrot ~ dipotong seperti mancis 
  • 1 biji tomato ~ dibuang bahagian dalam dan dihiris panjang
CARA-CARA :

1. Rendam suhun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
3. Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jangan terlalu lama nanti sotong liat) Jangan sesekali dimasukkan air sebab nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
4. Toskan sotong yang dah siap dimasak.
5. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk.
6. Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
7. Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
8. Sedia untuk dihidangkan.

kredit: Resepi Lauk pauk sedap

SELAMAT MENCUBA!

"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai

Assalammualaikum..



klik pada banner untuk join

Selamat pengantin baru dan selamat menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tahniah.

Ida nasihatkan agar suami isteri saling bertolak ansur, tolong menolong dan saling menghormati satu sama lain. Sentiasa dekatkan diri dengan-Nya dan doa agar sentiasa diberikan rahmat dan kasih sayang dalam keluarga.

Ida doakan agar korang bahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Amin

RESEPI PUDING KOKTAIL YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Lama tak share dengan korang resepi-resepi menarik kan. So hari ni Ida nak kongsikan resepi puding koktail yang Ida buat masa bulan puasa hari tu. Baru sempat nak share sebab asyik terlupa je.hehehe.


RESEPI PUDING KOKTAIL




Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar
1 tin susu sejat
6 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin fruit cocktail

Cara-caranya:


1. Masukkan gula dan agar-agar ke dalam periuk yang berisi air. Kacau sehingga gula dan agar-agar cair.

2. Masukkan susu sejat dan cocktail.

3. Masak sehingga mendidih sambil kacau. Ida letak sirap sikit nak bagi nampak warna pink merah sikit.

4. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

5. Biarkan sehingga semalam atau ke petang (kalau korang masak pagi) dan siap dimakan.



#kalau korang rajin boleh buat kuah kastard pun sedap makan dengan puding koktail.

SELAMAT MENCUBA!!

KATA MADAH 9#



Assalammualaikum...

Beberapa hari lepas Ida baru balik dari Johor jaga ibu sementara di hospital sebab disahkan demam denggi. Takde siapa nak jaga ibu di sana so ida balik 2 hari jaga die kat sana dan balik semula ke Kemaman sebab anak nak bersekolah plak.

Alhamdulillah. Selepas Ida balik tu, ibu dah boleh keluar wad. Paling best, keluar wad dapat kereta baru.hehehe. Yelah kereta baru yang die beli dah sampai. Kemain merah menyala.hahaha.

Ida pula berkesempatan nak update blog arini. Bila meja opis ni tak terbuat lagi, susah plak nak update blog sebab sakit kaki kena duduk bawah.huhu.

Hari ni ida nak kongsikan sedikit kata madah.


" Saya percaya...esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,

Tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok"

Kesimpulannya kita boleh mengubah sekarang sebelum terlambat.

Setiap manusia pasti ada sesuatu yang dia nak ubah. Mestilah untuk menjadi yang lebih baik. Atau mungkin sekarang kita hanya pekerja yang biasa-biasa sahaja tapi dengan kecekalan dan kesungguhan kita insyaallah masa akan datang akan jadi bos pula. Siapa tahu kan.

Perubahan tak semestinya perlu secara drastik tetapi secara perlahan-lahan juga akan menjadikan ia hasil yang baik.

So keep thinking positive!

13 KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE

Assalammualaikum...

Lepas sebulan berpuasa, memang kebanyakkan dari kita ni dapat banyak jemputan ke rumah terbuka kan. Dan bermacam-macam hidangan yang disediakan. Bercampur semua makanan berlemak dan berminyak.


Disebabkan itulah korang kenalah ambil Lecithin ni. Kenapa?



Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental.

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.


Jadi memang ramai yang konsisten makan Lecithin ni sangat membantu mereka untuk kuruskan badan dan membakar lemak.


Selain itu Lecithin juga ada kebaikan lain. Jom kita baca sikit.

13 KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE


1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras.

Dan tahu tak? Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6,000-7,000mg sehari jika alami masalah kesihatan macam ni.
2. Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka dan perlukan Lecithin ni? 

Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak atau pecahkan lemak. Dan Lecithin ini mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang betul. 

Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang sangat memuaskan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel bdn.

Tanpa lecitin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan.

Banyak faktor seperti bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan metal, dadah, food additives, pesticides, dan lain-lain. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat dalam badan kita. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yang bijak!

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. 

Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. 

Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). 

Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca masalah insomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka yg mempunyai alergi, hay fever, asma ,bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ia sanat diperlukan dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.


12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE.

BILE ni fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan.

1 botol Lecithin hanya RM55 sahaja belum termasuk pos dan ada 120 biji.

Jadi siapa nak dapatkan Lecithin ni boleh la hubungi Ida segera. Produk memang laku keras habis ni!

Klik di sini untuk order segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya