Pages

KATA MADAH 9#

by - 6:16:00 PM



Assalammualaikum...

Beberapa hari lepas Ida baru balik dari Johor jaga ibu sementara di hospital sebab disahkan demam denggi. Takde siapa nak jaga ibu di sana so ida balik 2 hari jaga die kat sana dan balik semula ke Kemaman sebab anak nak bersekolah plak.

Alhamdulillah. Selepas Ida balik tu, ibu dah boleh keluar wad. Paling best, keluar wad dapat kereta baru.hehehe. Yelah kereta baru yang die beli dah sampai. Kemain merah menyala.hahaha.

Ida pula berkesempatan nak update blog arini. Bila meja opis ni tak terbuat lagi, susah plak nak update blog sebab sakit kaki kena duduk bawah.huhu.

Hari ni ida nak kongsikan sedikit kata madah.


" Saya percaya...esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,

Tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok"

Kesimpulannya kita boleh mengubah sekarang sebelum terlambat.

Setiap manusia pasti ada sesuatu yang dia nak ubah. Mestilah untuk menjadi yang lebih baik. Atau mungkin sekarang kita hanya pekerja yang biasa-biasa sahaja tapi dengan kecekalan dan kesungguhan kita insyaallah masa akan datang akan jadi bos pula. Siapa tahu kan.

Perubahan tak semestinya perlu secara drastik tetapi secara perlahan-lahan juga akan menjadikan ia hasil yang baik.

So keep thinking positive!

You May Also Like

1 comments

  1. kita yang corak hari esok.. bermula hari ini =D

    alhamdulillan mak da sihat. seronok dapat kete baru tuu cepat sembuh.

    ReplyDelete

Sponsor