RESEPI PUDING KOKTAIL YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Lama tak share dengan korang resepi-resepi menarik kan. So hari ni Ida nak kongsikan resepi puding koktail yang Ida buat masa bulan puasa hari tu. Baru sempat nak share sebab asyik terlupa je.hehehe.


RESEPI PUDING KOKTAIL




Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar
1 tin susu sejat
6 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin fruit cocktail

Cara-caranya:


1. Masukkan gula dan agar-agar ke dalam periuk yang berisi air. Kacau sehingga gula dan agar-agar cair.

2. Masukkan susu sejat dan cocktail.

3. Masak sehingga mendidih sambil kacau. Ida letak sirap sikit nak bagi nampak warna pink merah sikit.

4. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

5. Biarkan sehingga semalam atau ke petang (kalau korang masak pagi) dan siap dimakan.



#kalau korang rajin boleh buat kuah kastard pun sedap makan dengan puding koktail.

SELAMAT MENCUBA!!

Post a Comment

12 Comments

  1. Sedap ni,..sepotong dua tak cukup heheh

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blog-list-segment-august-edition-by-da.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. wahh nampak sedap..nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete
  4. Tq share resepi.. Boleh cuba lepas ni.. 😉

    ReplyDelete
  5. sedap nyeee ni.. hari panas2 makan nyuums..

    ReplyDelete