5 TIPS KESIHATAN BAGI WANITA BERUSIA 30-AN,MASIH SIHAT DAN CANTIK

Assalammualaikum...

Semakin tahun semakin meningkat usia kita. Mana la usia tua boleh menjadi muda semula tapi hanya dengan penjagaan kesihatan yang baik akan membantu kita jadi lebih muda walaupun usia semakin meningkat.


Setiap hari semakin meningkat usia kadar kesihatan kita akan merosot. Metabolisma badan akan menjadi semakin rendah. Sebab itu la jika tidak menjaga kesihatan dari awal dan jalankan gaya hidup yang tidak sihat, tubuh badan sudah tak berdaya nak bertahan dan mula datang pelbagai penyakit. Ini ada 5 tips kesihatan wanita berusia 30-an supaya nampak sihat, cantik dan hebat.

5 TIPS KESIHATAN BAGI WANITA BERUSIA 30-AN

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan


Ramai wanita mahupun lelaki memang malas nak jalankan pemeriksaan kesihatan. Fikir badan rasa sihat boleh buat kerja jadi tak perlukan apa-apa pemeriksaan. Salah sebenarnya. Jalani pemeriksaan tak semestinya ketika sakit sahaja. Bagi wanita pada masa usia ni kerapkan untuk melakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan korang dengan lebih baik. Apataj lagi bila ada keturunan kita yang ada penyakit berbahaya seperti kanser lebih baik cegah dengan lebih awal.

2. Senaman


Bila semakin berusia semakin rendah metabolisma badan kita. Ini bermakna risiko untuk menjadi obesiti adalah sangat tinggi. Ini sekaligus akan menaikkan risiko lain seperti penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis.Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu. Tak perlu senaman berat, asalkan senaman ringan dengan kerap pun dah cukup.

3. Amalkan makan sihat


Bila metabolisma badan semakin rendah elakkan makanan ringan. Kalau dulu memang suka makan keropok potato chip dan sebagainya, kurangkan atau kalau boleh terus hentikan. Dari beli di kedai buat la snek yang berkhasiat dan sedap seperti snek lobak merah. Sedap! Ini kerana masa ni korang akan berisiko kepada obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulitpun akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.

4. Ambil kalsium


Adakah korang mengambil kalsium yang cukup setiap hari? Bila usia dah masuk 30-an ketahanan tulang akan semakin berkurangan dan ini akan berisiko kepada penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D.

5. Jaga kulit


Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembentukan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita semakin meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan mencuci mekap setiap hari sebelum tidur.


Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments