15 PUNCA HAID LEWAT, AKU HAMIL KE?

Assalammualaikum...

Ramai yang mungkin kaum wanita yang telah berkahwin akan mengalami masalah seperti ini. Haid datang lambat dari tarikh yang sepatutnya. Tapi bila check upt test, negatif. Rasa agak kecewa terutamanya yang telah lama menanti cahaya mata atau dah lama ingin timbang anak lagi.



Ia juga boleh dikenali sebagai Amenorea dalam istilah perubatan. Tak semua akan mendapat berita gembira jika haid datang lambat. Berkemungkinan ada masalah lain yang mungkin kita sendiri tak sedar yang menyebabkan haid datang lambat. Ini ada 15 punca haid datang lewat dari tarikh yang sepatutunya.


15 PUNCA HAID DATANG LEWAT

1. Tekanan



Tekanan mental boleh mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid korang.

2. Masalah kesihatan




Haid datang lewat boleh disebabkan oleh penyakit seperti PCOS atau deman panas yang memberikan tekanan fizikal boleh menganggu kitaran haid.

3. Kelebihan hormone prolaktin




Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan menyebabkan haid lewat. Korang akan merasa seperti susu keluar, atau berkemungkinan mengalami masalah hyperprolatinemia.

4. Menyusu badan




Jika korang masih menyusukan anak-anak itu perkara normal jika haid datang lambat. Ini kerana hormon korang masa ini telah mengganggu dan menyebabkan haid datang lewat.

5. Masalah kelenjar tiroid




Hormon tiroid juga boleh menganggu haid dimana korang akan rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak.

6. Perubahan dalam jadual




Maknanya kitaran haid korang tak teratur disebabkan masalah hormon tak stabil.

7. Perubatan

Korang mungkin ada makan apa-apa dari hospital yang menganggu kitaran haid korang contoh seperti pil perancang.

8. Berat badan berlebihan




Berat badan yang berlebihan akan menganggu ketidakseimbangan hormone estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan kembali normal apabila berat badan mereka menurun.

9. Terlalu kurus




Bila badan terlalu kurus sehingga tiada lemak di dalam badan juga ajan menganggu kitaran haid korang. Ini selalunya berlaku pada para atlet. Tempoh haid boleh kembali normal semula jika berat badan kembali yang sepatutnya.

10. Membuat senaman berat




Jika ada yang menyertai sebuah acara yang melakukan senaman berat seperti marathon juga boleh menganggu ovulasi. Ini disebabkan tekanan bertambah ke atas badan akan mencegah kehamilan.

11. Tersilap kira tarikh




Kitaran haid berbeza untuk semua wanita. Purata kitaran haid yang normal ialah antara 21-­35 hari. Akan tetapi terdapat sesetengah wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur. Ramai wanita sebenarnya tak ingat tarikh sebenarnya haid jadi digalakkan untuk catatkan dalam buku pada setiap bulan atau muat turun sahaja kalendar dalam handphone korang.

12. Peri­Menopaus

Peri­menopaus adalah tempoh di mana peralihan dari usia reproduktif ke usia tidak reproduktif dimana haid akan berhenti selama­lamanya. Dalam tempoh ini, tempoh haid anda akan berubah ke kurang kerap.

13. Menopaus




Menopaus adalah apabila ovulasi tidak berlaku lagi dan haid berhenti selama­-lamanya.

14. Ubat pencegahan kehamilan




Pengambilan pil perancang, suntikan ataupun ubat yang boleh menyebabkan perubahan hormon di dalam badan boleh mengganggu kitaran haid. Apabila korang dah berhenti penggunaan ubat pencegah kehamilan, badan akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam perubahan hormone sebelum tempoh kitaran haid menjadi stabil.

15. Kehamilan




Akhirnya! Ya, tempoh haid lewat mungkin kerana korang sedang hamil. Ujian kehamilan air kencing ataupun darah boleh menentukan bahawa korang hamil atau tidak.





STOP!!!

Sempena bulann oktober ni Shaklee ada promosi beli 2 botol GLA complex dan dapatkan 5% diskaun..sangat berbaloi...So sapa nak dapatkan pek kembar ni kena direct mesej Ida k...




Nak order? sila kliK


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS