Assalammulaikum..
Dalam bulan lepas macam tu, Ida telah menjadi coach netball bagi prasekolah untuk Sek Keb Jenis Cina Kuala Kemaman selama lebih kurang 1 bulan sebelum perlawanan. Biasa la kalau ajar anak-anak pra ni memang banyak dugaannya dan kalau mereka pula jenis agak manja agak susah juga la. Stamina tak berapa kuat dan hanya beberapa orang je yang agak cergas sikit.
Walaupun tak menang tapi at least anak-anak dah cuba yang terbaik. Selepas dari pertandingan tu tak sangka pula pihak sekolah nak bagi perhargaan ni. Mungkin sebab sekolah ni agak kecil berbanding sekolah lain jadinya pihak sekolah memang menghargai usaha kecil macam ni.
Bagi perlawanan pra sekolah ni hanya dijalankan 2 tahun sekali. Jadinya memang anak-anak pun last minute boleh bermain tambah kalau masih beginner. Macam biasa la kalau telatah anak-anak kecil ni. Mana yang baring la..mana yang sumbat goal sendiri la semua ada. hahaha. Yang menjerit kat tepi coach dengan cikgu. Kelakar rasa.
Apa-apa mana tahu ada lagi rezeki nak ajar anak-anak ni. Kita tolong mana yang mampu je. Tak mengharap terlalu banyak sebab kalau nak traning betul anak-anak kena kuat mental la sikit. hehe




lama dah tak main bola jaring... terbaik lah ida jadi coach..
ReplyDeletewahhh terbaikla dari kecik dah main netball, bakat dh asah dari kecik besar nanti jadi la pemain yg dh teror
ReplyDeletePenghargaan yang sangat bermakna buat coach netball pra-sekolah! Perkembangan bakat sukan bola jaring cilik memang perlukan sokongan berterusan.
ReplyDelete