Assalammualaikum..
Setelah sekian lama menghilang dalam dunia blogging ni. Hari ni baru la rasa ada mood nak menaip. Ntahlah seakan-akan macam dah takde mood nak menaip tapi masih sayang dengan blog ni sebab ini la medium permulaan Ida dalam dunia socmed.
Actually bukannya Ida mendiam tapi banyak fokus pada socmed. Dengan job review banyak kena ambil video. So stop kisah tu, Ida nak share pasal first hiking Ida tahun ni setelah sekian lama tak hiking.
Dah beberapa tahun Ida tak hiking sebab keadaan cuaca dan keadaan yang tak mengizinkan. Sibuk dengan anak-anak dan Ida pun memang setiap hari Jumaat akan main badminton. Kebetulan minggu lepas Ida tak main badminton sebab ramai yang balik kampung untuk cuti Merdeka. Jadinya kak sepupu ajak lah pergi hiking kat tempat viral di CForest & Hill Cherating, Kuantan Pahang.
Lokasi tak jauh pun dari rumah Ida tapi lokasi die memang terlindung dan betul-betul tepi jalan selekoh. Agak bahaya la kalau tiba-tiba nak stop so kena hati-hati lah sikit. Nak parking pun boleh pergi jauh sikit ke depan ada kawasan kedai makan situ. Boleh la parking situ selamat sikit. Kedai makan situ pun baru buka juga, kedai orang Kemboja.
Tempat hiking ni buka pukul9 pagi tapi Ida pergi kul8 lebih masa tu pun dah ramai orang masuk. Tarikan sebenarnya kat situ actually tempat bergambar atas pokok tu..siapa gayat memang tak naik la. Ada juga buaian kat sini. Kalau naik sini sekadar ambil gambar bukan hiking namanya..haha walaupun masa nak naik situ pun memang tinggi juga. Lenguh juga la kaki ni..urat terkejut namanya. haha
Kitorang masuk hutan untuk hiking dan jalan die memang agak mencabar. Curam trek die. Malam sebelumnya pula hujan, so agak lembap la tanah die tapi tak teruk sangat. Macam naik turun bukit la trek die. Pastikan korang pergi dengan orang yang memang ada pengalaman hiking, jangan main redah je sebab memang takde guide tour situ. Risau tersesat dalam hutan walaupun ada penanda die situ, Sebab masa pergi ni trek die macam tersasar sebab ada pokok tumbang situ. Jadi kena letak penanda di tempat lain.
Perjalanan kitorang hiking dalam masa 1 jam lebih dalam 2.15km. Kasut korang pula pastikan jangan pakai yang tapak licin ye, bahaya sebab trek curam..memang kena grip kuat sikit. Dah turun ke jalan keluar tu. kitorang tak naik balik ikut jalan sama. Kitorang ikut jalan raya..keluar ke jalan masuk situ balik. Tapi still kena naik balik ke tempat asal sebab nak pulangkan tag dan nak ambil gambar. So kena naik 2 kali la ke kawasan pendaftaran die tu.
Oh lupa nak bagitahu bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Bawah 7 tahun free je. Situ pun ada tempat korang nak lepak makan sarapan dan minum so jangan risau.
Apa-apa pun ni pengalaman baru juga untuk kiddos naik trek mencabar macam ni. Sebelum ni pernah naik tapi ikut tangga, so senang jelah. Next time boleh lagi hiking, nak kena cari kasut yang ok sikit grip die.
C Forest & Hill
0 Comments