AZAM TAHUN BARU 2025

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...sudah hampir seminggu kita dah masuk ke tahun baharu 2025. Sekejap je kan dan dalam setahun yang lepas memang banyak perkara yang berlaku kan termasuklah kepada saudara-saudara kita di Palestine.


Satu je pertanyaan Ida. Adakah korang masih berjuang untuk boikot brand yang menyokong Israel? Adakah korang masih lagi ada hati untuk tetap menyokong Palestine? Dan bukan mereka sahaja, Syria, Lebanon dan Yemen juga terjadi benda yang sama. Bila akan berakhir? Kita tak tahu..teruskan berjuang dan berdoa semua walaupun kita yang hanya melihat di media sosial memang perit.


Apa azam korang tahun ni? 

Tahun ni Ida tak ada apa-apa azam yang spesifik. Ida cuma berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Kiddos pun dah semakin besar, banyak lagi cabaran nak mendidik diorang. Masing-masing dah nak meningkat remaja, memang perangai diorang memang menguji kesabaran. Kalau mak-mak ni tak jadi "hulk" atau "singa" tu tipulah. Ada juga tapi yelah semua tu bukan sebab apa..kita sayang kat diorang. Dengan kata lain, kita nak anak-anak ni jadi lebih baik dari kita dulu. Betul tak?

Lagi 2 minggu juga persekolahan akan berakhir dan akan mula persekolahan nanti. Macam biasa la silibus pembelajaran semakin mencabar, nak tak nak Ida terpaksa juga belajar balik untuk ajar anak-anak nanti. Cabaran tu..haha. Dah macam sekolah balik je kita ni.

Apa-apa akhir kata bagi Ida, semoga korang semua mencapai apa yang korang hajati tahun ni dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin...

Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat Tahun Baru Ida.
    Semoga yg baik² saja utk kita semua 🤲🏻

    ReplyDelete