FRIENDLY MATCH BADMINTON TEAM TIGER BC (KEMAMAN) VS TEAM DJIWA BC (RAUB)

Assalammualaikum...

Selesai majlis korban hari Khamis baru ni, giliran Ida pula ada friendly match badminton pada hari Sabtu baru ni dengan team Raub.



Team dari Raub ni, salah seorang tu kawan pada ahli dalam group Ida. Memang orang Kemaman tapi stay dekat Raub. Jadinya saja la orang tu suggest nak main friendly. Jadinya 2 hari sebelumnya diorang dah turun ke Kemaman sambil makan angin dulu kat sini.



Pagi tu sebelum main badminton, Kak Lin (ahli kitorang), sediakan la sarapan sikit untuk team kawan dia ni dari Raub sambil terangkan sikit pada game nanti. Kitorang pun masing-masing kumpul RM10 seorang untuk pembelanjaan court, shuttle dan makanan sikit. Alhamdulillah semua cukup ngam-ngam.



Game start dalam pukul9 pagi. Team dari Raub ada 8 orang dan dari sini ada 12 orang, tapi dah team sana setuju nak main gilir-gilir jadinya game tetap jalan. Diorang la yang kena rotate pemain. Yang kelakarnya Kak Lin bagitahu, kawan dia ni bawa team takde la pro mana pun sekali ko yang datang, teamni pemain pro wei, dah selalu lawan merata tempat.haha.

Farah

Manja (tolong gantikan Ida main masa tu)

Jadinya Ida tak main la hari tu, main satu game je dengan team Raub lepas habis lawan. Nasib la ada pemain pro dari sini yang datang untuk ganti Ida. Ida ni setahun pun belum habis main lagi, suruh main dengan geng pro main bertahun-tahun memang tak la. Aduh..kelakar rasa. Tapi lepas habis game tu, kami still main macam biasa santai-santai nak habiskan masa yang ada.





Tapi takpelah semua tu pengalaman kan. Dapat juga nampak skill diorang main macam mana, so dapat juga belajar dari situ. Team kami menang 1 game je, yang lain kalah dengan mata tak beza banyak pun.



Apa-apa pun semua orang enjoy main walaupun ada rasa tak puas hati sikit. Yelah katanya pemain sana takde la pro mana, sekali datang kami tertipu...haha. Siap bawa coach diorang lagi. Game semua selesai sepatutnya pukul11 pagi, mana yang dah selesai nak balik Raub pula, ada yang stay juga sampai pukul12 tengahari.



yang hujung kiri tu Kak Ina kena rehat main badminton sebab pregnant.hehe


Takpe akan datang kami pun akan jadi pro macam team sana. Tunggu masa je..haha

Post a Comment

8 Comments