Assalammualaikum..

Dah masuk tahun baru pun kita kan. Sekejap je masa berlalu, dah nak dekat hujung bulan pun. Kiddos pun dah selesai jawab peperiksaan minggu lepas. Minggu ni sibuk dengan penghantaran buku teks dan majlis untuk akhir tahun nanti. Lagi beberapa bulan pun nak berpuasa.

Sabtu batu ni, sekolah kiddos ada buat Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Hi-tea untuk murid-murid yang aktif dengan aktiviti kokurikulum dan sukan lain. 


Dan tema yang sekolah buat adalah Denim Style. Beli juga la jaket denim dalam Shopee, nasib la sempat sampai. 



Kemain hah anak kita tapi tak nak pakai pula spek tu kat sekolah. Malu katanya. Aduh la..kita nak bagi nampak style sikit dia pula tak nak.

Alhamdulillah..anak dinobatkan sebagai Tokoh Sukan sekolah. Banyak sangat sukan masuk, penat mummy ulang-alik hantar dia sekolah.haha



Tahniah juga pada anak-anak yang lain yang berjaya naikkan nama sekolah.


Tokoh Sukan Perempuan

Tokoh Kokurikulum Lelaki 


Tokoh Kokurikulum Perempuan

Tokoh Harapan Lelaki


Tokoh Harapan Perempuan


Cikgu & Pasukan Bola Baling Perempuan