Assalammualaikum..
Sudah selesai persekolahan untuk 2023 dan juga berakhir juga persekolahan sekolah rendah untuk anak Ida yang si Asyraf tu. Majlis pun dah selesai minggu lepas tapi baru hari ini berkesempatan nak update. Minggu akhir ni memang anak sibuk dengan jamuan dan aktiviti lain memandangkan dah kali terakhir nak jumpa kawan-kawan dan cikgu-cikgu.
Semalam juga Ida dah selesai perjumpaan temu murni untuk keputusan akademik diorang. Anak pun ada majlis perpisahan bergambar ramai-ramai minggu ini. Si abang bagitahu sedih dah nak berpisah dengan kawan-kawan dia
Masa Majlis Graduasi dan Apresiasi hari itu, my kiddos ada buat persembahan. Kemain berlatih dekat rumah. Bagus la masing-masing pun ada dapat anugerah hari tu. Alhamdulillah
Anugerah Ketua Pengawas Briged Bestari
Anugerah Amalan Sahsiah Terpuji
Apa-apa pun tahniah pada my son dengan persekolahan sekolah rendah dan pencapaian yang memuaskan dekat sekolah walaupun kena juga membebel selalu dengan mummy dia ni. hahaha
Semalam sempat la melayan beberapa orang kawan si abang main badminton. Tak pelah asalkan takde buat benda berfaedah. Dah nak masuk sekolah menengah ni bukan sebagai kunci nak bagi ke mana-mana lagi. Masih jauh perjalanan korang. haha
4 Comments
Sama lah.. Minggu ni macam-macam aktiviti di sekolah. Last day juga anak saya bersekolah di sekolah rendah.
ReplyDeletebetul..sibuk memasing
DeleteTahniah!
ReplyDeleteTinggi ye anak Mummy Ida ni...
Anak PH no 2 pun dah nak melangkah ke alam menengah.
terima kasih..memang tinggi. kedua tinggi dalam kelas die..haha
Delete