LEBIH MUDAH DAN LEBIH CEPAT DENGAN AYAM BRAND RENDANG STARTER PACK

 Assalammualaikum...

Macam mana raya korang tahun ni? Meriah tak? Ada buat open house tak? Tahun ni tak pasti lagi sempat ke tak buat open house. Macam tak sempat sebab dengan persekolahan anak-anak lagi dan ada kenduri minggu ini. 

Hah Ida nak cerita benda best dekat korang. Juadah utama yang ada masa Hari Raya mestilah ketupat, lemang dan rendang kan. Tahu tak? Ayam Brand ada keluarkan Ayam Brand Rendang Starter Pack yang memudahkan kerja korang nak memasak. Pek ini sesuai digunakan untuk keluarga kecil korang. Yalah kalau beberapa orang je nak makan, boleh la menggunakan pek rendang dari Ayam Brand ni.




Caranya mudah sahaja:




  1. Panaskan minyak sedikit dan masukkan Pes Rendang Ayam Brand. Tumis sehingga naik bau dan minyak
  2. Tambahkan ayam mentah dan kacau la sehingga separa masak.
  3. Kemudian masukkan santan Ayam Brand 120ml ke dalam dan kacau rata.
  4. Dah nampak macam masak sedikit kuahnya, masukkan Pek Kerisik Ayam Brand 40g ke dalam untuk memekatkan dan menambahkan rasa dan tekstur
  5. Kacau sehingga sebati dan naik minyak
  6. Sedia dihidangkan.



Semua ramuan dalam Pes Rendang Ayam Brand ni dah cukup semuanya. Tak perlu tambah bahan-bahan lain. Dah la menjimatkan masa, ia juga tidak mengandungi bahan pengawet, MSG dan tambahan.



Selain dari Pes Rendang ni ada juga yang lain seperti Pes Kari Ayam, Pes Asam Pedas dan Pek Sambal Tumis. Hah masa Ida pergi camping baru ni, pes kari ayam ni la Ida bawa untuk memasak. Memang sangat senang tau. Next camping boleh beli lagi pes masakan macam ni.



Korang boleh dapatkan pes masakan ini di mana-mana supermarket atau kedai berhampiran korang. Harganya juga tak sampai RM10 pun. 

Post a Comment

3 Comments

  1. memudahkan kerja ibu2 bekerja n org2 bujang ni. sy pun nak beli satu..

    ReplyDelete
  2. menarik pes ni kalau g travel boleh bawa. kot2 tekak nk masakan melayu kannn😁

    ReplyDelete