Assalammualaikum...
Memang agak lama kan Ida tak update blog ni. Masa bulan puasa memang agak sibuk dan keadaan cuaca yang tak berapa bagus. Panas sepanjang hari dan menyebabkan badan ni rasa malas dan takde mood nak buat apa-apa. Tahun ni raya pun Ida tak buat apa-apa biskut raya, hanya buat kek sahaja sebab kiddos suka.
Macam mana raya korang tahun ni? Masing-masing dapat balik awal tak cuti raya sebab waktu persekolahan pun cuti awal kan. Tahun ni Ida tak balik kampung, jadinya tahun ni Ida hanya beraya di sini sahaja, insyaallah cuti sekolah sekali lagi baru nak balik ke Kedah.
Disebabkan tak balik raya tahun ni, Ida sekeluarga camping sekali lagi di Teratak Pak Busu Gambang Pahang. Kali ini kami pergi sendiri je. Ingatkan tak ramai orang, sekali ramai tau..penuh tapak. Kali ini tak dapat tapak yang sama macam tempoh hari, dapat tapak pondok kosong je. Peralatan memasak semua kena bawa sendiri je.
Mulanya hari nak pergi tu esoknya hari Rabu baru betul-betul kosong. Tapi sebab malas nak terus sampai Jumaat, tuan tanah kata boleh pergi hari Selasa tunggu orang yang ada tu balik. Kiranya sampai sana kami duduk di pondok persinggahan dulu. Cuma masih tak boleh nak pacak khemah. Orang itu pun balik hampir pukul 6 lebih. Nasiblah masa itu hujan rintik je sebelum tu, jadinya selepas orang itu balik dah kering boleh la pacak khemah tak sampai sejam pun setup.hahaha
Esoknya kiddos awal pagi dah terjun mandi. Ida siapkan sarapan mee goreng je, panggil kiddos naik makan, dah habis terjun lagi sungai.haha. Tenghari pula Ida masak kari ayam menggunakan pes kari ayam dari Ayam Brand. Bagus juga benda ni bawa pergi camping, memudahkan kerja memasak. Selain kari ayam, ada asam pedas, rendang dan juga sambal tumis. Jadi if kalau camping, ida rekomen sangat guna pes macam ni. Selain tu nak mudah, korang masak siap-siap di rumah, bekukan. Sampai sana korang hanya panaskan semula je.
Petangnya jiran Ida 2 keluarga datang bawa anak-anak diorang mandi sini. Diorang nak datang beraya kat rumah, dah kitorang tak ada jadinya diorang datang sini. Tak dapat la nak hidangkan apa-apa, Diorang siap bawa bihun soto, air kelapa dan kambing perap. Hah meriahlah petang tu, selepas magrib macam tu baru la diorang balik.
Hari terakhir kali kat sini. Pagi tu Ida masak nasi goreng dengan lebihan nasi semalam dan sambal sardin je masa untuk makan tengahari. Petang selepas Asar macam tu baru balik sebab tengok cuaca nak hujan lagi. Sebelum hujan, kitorang kemas semua barang-barang masuk dalam kereta siap-siap. Ida pun dah settle masak, jadinya kemas kan benda-benda lain. Dah settle semua mandi, solat dan makan. Nak masuk kereta tu, hujan pun turun. Nasib baik sebab hari sebelumnya hujan. Basah juga khemah bahagian tepi sebab tak buat laluan air kat tepi khemah. Nasib baik air tak masuk banyak. Jadinya last day tu, sempat la basuh sikit alas canvas tu kat sungai dan keringkan.
Dan masa Ida camping ramai juga yang tanya pasal sewa tapak ni berapa. Harga tapak tak sama ye. Tapak yang Ida duduk hari itu, 3 hari 2 malam RM80. Nak tambah lagi hari, harga boleh dibincang. Kalau yang besar sikit ada dapur semua, harga lain pula macam Ida pergi hari tu. Tandas ada, surau pun ada. Bekalan elektrik sekarang dah 24 jam. Kalau dulu hanya gunakan generator sahaja.
Pasal khemah yang Ida punya pun ramai yang tanya. Khemah ni boleh beli di Shopee, ada 2 bahagian bilik. Boleh taip je khemah unta, nanti akan keluar. Khemah macam ni muat lebih dari 8 orang. Nak solat pun tak ada masalah, tinggi atapnya. Orang tinggi pun masih lepas. Kalau korang tak ada khemah, boleh juga sewa khemah kat sini. Harga bergantung pada size khemah. Ida ada share dalam Youtube kiddos. Jemputlah tengok dan support. Youtube Ida masih belum sempat nak edit lagi.
Link shopee Khemah Unta : Khemah Unta
Youtube kiddos: https://www.youtube.com/watch?v=O3MXCsK3yVE
21 Comments
Kita kagum betul dengan orang yg boleh masak2 macam ni masa camping. Murah jugak ya sewa tapak tu, mesti budak2 seronok, eh, memang nampak seronok la memasing tu.
ReplyDeleteyes masa mula-mula memikir juga macam nak memasak. tak perlu masak mewah pun takpe. nak mudah kita masak je dari rumah dan bekukan. takkan nak makan maggi je kan..hehe
Delete
ReplyDeleteTerbaik! Power bethol boleh masak camni masa camping! By the way, kos sewa tapak camping tu murah juga, memang boleh masuk dalam consideration. Kitorang pun suka camping dengan ahli keluarga. Sure best kan kalau dapat pergi ramai-ramai. Tengok muka anak-anak Ida, memang nampak seronok gila tu! Confirmed diorang enjoy tahap maksima!
yes memang agak murah la juga. tempat nak kata teruk sangat pun tidak, selesa la juga. cuma bila ramai orang, air kadang kala takde sebab ramai yang guna
DeleteWahh keluarga Nurul betul-betul adventurous! Seronok pulak tu camping dan mandi-manda kat tepi sungai.
ReplyDeletememang anak-anak seronok sangat. seharian mandi je.
Deletevery good camping holiday kat there, so natural kan. the nasi impit dan kuah kacang are so yum
ReplyDeletesedap kan..haha.
DeleteBest juga kan camping macam ni! Serious Nell teringin sekali nak try camping yang stay overnight... selalunya buat day trip, pergi siang balik before gelap.. :) masukkan ni dalam list la..
ReplyDeletebetul..seronok juga sekala macam ni. adventure sikit
DeleteMacam best plak camping kan. Boleh tambah idea lokasi next camping for me and my friends.
ReplyDeletesure..mesti pergi tau
Deletewah, ada port camping. bolehlah try nanti. hari tu saya camping dekat sg lembing. thnk u share. seronoknya tengok bercamping ni
ReplyDeletebest juga. dah lama tak ke sana mandi
DeleteOhh wowo....when reading your camping here making me miss my camping time, gonna plan mine soon la. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletelets go together,..
DeleteWah best I pun teringin nak pergi camping with family, love nature trip like this
ReplyDeleteyes best juga buat macam ni sekali sekala
Deletebestnya beraya sambil camping2
ReplyDeletehehe..siap anak-anak duit raya lagi. orang sebelah bagi
Deletewah best nya camping.....
ReplyDelete