MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH DAN KUTIPAN DANA SURAU BANDAR PUTRA, MAK LAGAM

 Assalammualaikum...

Sudah penghujung hari cuti sekolah. Esok anak-anak akan mula masuk persekolahan yang baru. Persediaan baju sekolah semua dah selesai termasuk la buku sekolah anak-anak. Alhamdulillah.

Dan semalam juga selesai Majlis Perasmian Pecah Tanah untuk pembinaan surau di kawasan rumah Ida. Dirasmikan oleh YB Che Alias Hamid. Bukan la majlis yang meriah, majlis yang simple tapi meriah dengan kerjasama semua pihak. Alhamdulillah.



Majlis bermula selepas solat Jumaat, dimeriahkan dengan anak-anak termasuk lah jiran-jiran yang non muslim. Tak semua yang hadir sebab masing-masing ada yang bekerja dan yang ada masalah kesihatan.


Menu makan pun ditaja oleh orang taman sendiri. Masing-masing saling membantu untuk menjayakan majlis semalam. Bukan senang kan kalau zaman sekarang ni, jiran-jiran yang saling membantu antara satu sama lain. Sekarang zaman teknologi ramai yang sibuk dengan hal sendiri sampaikan kadang jiran sakit pun kita tak tahu. Betul tak?

\









Makanan pun sedap alhamdulillah. Balik rumah kiddos kata rugi tak ambil lebih sikit. Sedap. Haha. Dah lama tak makan nasi kenduri ni katanya.



Muka si Aqil masuk dalam page YB. Kemain serius muka..haha


Bagi kawan-kawan yang nak menyumbangkan dana untuk pembinaan surau sangat dialu-alukan. Semoga dipermudahkan segala urusan korang dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Post a Comment

0 Comments