SELAMAT TAHUN BARU 2023

 Assalammualaikum..

Baru berkesempatan hari ni nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk korang. Ida agak sibuk nak siapkan draft review yang perlu hantar awal minggu ni. Baru siapakan 2 review, perlu siapkan pula lagi 2 draft. Agak kelam kabut sebab dalam 4 review tu, 3 review perlu siapkan dalam masa 10 hari. Itu yang agak sibuk, dengan anak-anak pun dah mula bersekolah hari Ahad baru ni. Bagi negeri lain, baru start bersekolah hari ini kan.



Alhamdulillah job review sentiasa ada walaupun tak berbayar. Yelah kita bukan popular so orang tak berapa la nak pandang kan. Ada juga review berbayar, tapi payment agak lambat. Tapi takpelah asalkan kita enjoy apa yang kita buat kan. Tak kisahla dari kita kongsi benda-benda yang tak berfaedah kan.

Macam mana dengan persekolahan anak-anak? Tak lama pun sekolah, nanti cuti sekolah sekali lagi lepas tu akan mula persekolahan yang baru pula. Ida agak sibuk juga sebabnya si abang akan ada perlawanan bola balinh minggu depan jadinya nak ke ulang alik pergi hantar kafa, lepas tu nak kena ke sekolah pula. 

Cuti sekolah baru ni ke mana sahaja uolls? Ida duduk rumah je sebab musim hujan dan banjir kan bulan lepas. Banyak laluan yang tak boleh lalu dan tak berani nak keluar. Nak balik Johor pun tak berani. Risau balik sana boleh lalu, kang nak balik sini tak boleh la. Persekolahan pula nak bermula masa tu.

Dengar kata nak banjir pula nanti, Wallahualam anak la yang bagitahu. Cikgu dia kat sekolah bagitahu sebab empangan kat sini macam nak retak. Mudahan takda apa la. Aamiin...

Jadi sekali lagi Ida nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU dekat korang dan semoga tahun ini akan lebih bermakna untuk korang. Semoga azam tahun ni dan tahun sebelumnya ini tercapai ya!


Post a Comment

4 Comments