MEDIHEAL AMPOULE MASK REVIEW: BEST FOR YOUR SKIN

Assalammualaikum..

Jenama Mediheal merupakan salah satu jenama dari Korea yang mengeluarkan produk skincare dan kecantikan yang tak asing lagi di kalangan kita kan. Dan kali ini sekali lagi Ida nak kongsikan sheet mask dari Mediheal iaitu Mediheal Ampoule Mask.



Apa yang Ida sukanya dengan Mediheal mask ini, ia sentiasa akan naik tarafkan bahan yang digunakan untuk memberikan kesan yang sangat efektif kepada si pemakai.




Setiap mask juga disesuaikan dengan keperluan pada kulit kita. Nak cerahkan, nak nampak lebih muda, dan banyak lagi. Kita memang sentiasa nak pastikan kulit kita menjadi lebih cantik, betul tak?



MEDIHEAL AMPOULE MASK

1. The N.M.F ( Hydrating + Moisturizing )




Dengan Faktor Kelembapan Baharu yang membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengekalkan kekuatan kulit. Ia dinaik taraf daripada 1 kepada 8 jenis asid hyaluronik dengan 10% faktor pelembap HYDRODEEPER.



2. The I.P.I ( Brightening Radiant )



Dengan Inner Purifying yang mengandungi 1.5 times more of Niacinamide, mandelic acid, trinexamic acid, fullerene and glutathione membantu menjadikan kulit yang kusam menjadi lebih cerah dan bersinar.




3. The H.P.A ( Exfoliating Glowing )




Dengan Hydra Peel Activator membantu menguatkan keratin kulit dan melembutkan kulit yang kasar, kering supaya menjadi lebih berseri-seri. Ia juga mengandungi LHA, PHA dimana ini akan membantu hypo-allergenic exfoliation.




4. The E.G.F ( Nourishing Skin Tightening )



Dengan Enriches Glowing Tension telah dinaiktarafkan dari single peptide kepada lima multi-peptide komponen dan retinal extracted daripada Vitamin A agar dapat membantu untuk memastikan kulit kekal tegang dan pejal supaya kulit tidak akan menjadi kendur.



Ida suka simpan mask macam ini dalam peti sejuk, nanti bila nak pakai tu rasa sejuk dan segar je kulit. Antara banyak-banyak mask, mask jenama ini Ida suka pakai sebab ada sekali dengan ampoule dan kulit memang rasa lembut dan takda gatal-gatal. 




Korang boleh dapatkan Mediheal Ampoule Mask ini di mana-mana cawangan Guardian atau boleh juga beli secara online. 

Instagram : Mediheal Malaysia
Guardian Online: Mediheal 

Post a Comment

9 Comments

  1. lama2 pakai muka pun nampak glowing. hehe

    ReplyDelete
  2. Oh, dah tua2 ni, kenalah rajin pakai mask. Nanti boleh cuba yg ni, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pakai kan. usia kita ni makin bertambah..nak kena jaga elok-elok juga kulit

      Delete
  3. Macam best je ha...akak selalu beli yang kat watson tu je..kadang pakai korean face mask...itupun bila rajin sampai la

    ReplyDelete
  4. bestnya, kebetulan muka tgk menggelupas2 ni

    ReplyDelete
  5. Saya dulu main beli je mask yang ada kat watson guardian. Memang sedap masa pakai, tapi lepas pakai ada laa jgk rasa gatal2 gituu.

    ReplyDelete