Assalammualaikum..
Perasaan tak kalau korang ke supermarket atau ke mall akan jumpa mana-mana jenama roti bakeri di bahagian pastri. Dan korang pernah jumpa tak jenama SINAR BAKERY.
Hah..mesti ramai yang tak perasan kan atau terlupa nama jenama ini.
Sebenarnya jenama ini telah bermula sejak tahun 2003 dan terletak di Muar Johor. Mereka mengekalkan kualiti pada setiap kek dan biskut yang dikeluarkan agar rasanya sama dengan buatan dari rumah.
Dan tahu tak sebenarnya jenama SINAR BAKERY ini telah menembusi hingga pasaran dunia seperti Singapura, Indonesia, Australia, Hong Kong, Brunei dan China. Wah tak sangka kan. Jenama buatan Malaysia sendiri dapat menembusi pasaran luar negara.
Jadi jangan sangka jenama kita tidak ada keistimewaannya.
Produk-produk yang dihasilkan semuanya memang sesuai dengan citarasa semua orang seperti muffin, biskut, kek, kerepek dan lain-lain. Senang kata boleh dikatakan juadah ketika musim perayaan mesti akan ada semua ni dalam rumah masing-masing.
Dan bagi Ida rasanya semuanya asli dan tidak terlalu manis bagi Ida. Ida memang tak berapa suka jenis yang agak manis..kalau makan pun memang akan makan sedikit sahaja.
Dan Ida rasa bahulunya memang lembut sangat dan ringan rasanya. Tidak terlalu muak. Kalau buat untuk minum petang sambil minum air teh. Pehhh..memang ngam la.
Kerepek-kerepek die pun serius sedap giler. Kiddos asyik minta nak makan je. Sambil tengok tv..sambil makan..memang sesuai sangat.
Jangan risau ya..produk ni 100% Halal diiktirafkan oleh JAKIM.
Korang boleh dapatkan semua ni di mana-mana 99 Speedmart, TF Value Mart, NSK Trading, Giant, Hero Market, Lotus's, The Store, Mydin, MR.DIY, MR Dollar, Eco Shop, Segi Cash, Carry dan banyak lagi.
Jadi korang boleh cari ini di mana-mana pun mart berhampiran korang.
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Website: https://sinarbakery.my/
IG: SINAR BAKERY
FB : SINAR BAKERY
Tiktok : SINARBAKERY
15 Comments
Menarik kan. Power la jenama nie sampai dah peringkat antarabangsa. Moga makin sukses dan makin banyak produk tempatan mengikut jejak langkahnya.
ReplyDeleteBetul tu..
Deletesinar bakeri kita paling suka dengan biskut kacang dia.. almost every month mesti beli.. sedap dan berbaloi
ReplyDeleteIda dah rasa memang sedap..biskut oat die pun seap
Deletewahh banyak gak pilihan. kalau tau awal boleh shopping utk raya hari tu
ReplyDeleteBetul ada banyak pilihan
DeleteI baru taw rupanya brand Sinar ni available kat my kampung juga taw! Terus teruja beli muffin! Selalu jadi breakfast time nak pergi office jer kat KL... Banyak juga produk brand ni kan.. time Raya pun i beli kuih muih Sinar.. sedap!.
ReplyDeleteBetul tu. .ramai tak perasan padahal selama ni dok makan selalu
DeleteOhh wowo... I'm sure you superb excited to unbox this big box, love all the items in there.a good festive gift. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteYes..I am super excited
DeleteSaya suka kerepek tu, sedap di makan sambil tengok Netflix...kunyah punya kunyah, tak terasa tiba-tiba kerepek dah abis hehhe
ReplyDeleteBetul tu..sambil tengok movie sedap makan
Deleteye. selalu nampak produk ni. tapi tak pernah beli. mungkin boleh try nanti since awak cakap sedap. hehe
ReplyDeleteYes mesti cuba memang sedap
DeleteTempat Sis tak nampak lagi nama ni, nanyi kalau jumpa boleh belek dan cuba...
ReplyDelete