NAK BELI KERETA PADA WAKTU SEKARANG? FIKIR SEMULA

Assalamualaikum..

Ada sesiapa yang merancang nak membeli kereta sekarang? Atau mungkin nak beli beberapa bulan lagi? Sebelum membeli kita kena tahu juga segala pembelanjaan yang akan kita keluarkan jika membeli kereta termasuk la kos untuk minyak.


Harga minyak bagi minyak RON 95, RON 97 and diesel akan dikemaskini sekarang dari 9 Jun sehingga 15 Jun ialah :

RON 95: RM2.05 (tiada perubahan)

RON 97: RM4.72 (+RM0.02)

Diesel: RM2.15 (tiada perubahan)

Perubahan harga minyak petrol boleh dilihat di dalam Internet untuk lebih mudah.


Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Harga minyak memang akan ada naik turunnya. Terbaharu Ida pergi isi minyak RM50 hanya naik 1 bar setengah je. Tak sampai 2 bar pun. Kiranya kalau nak penuhkan minyak tu hampir RM100 lebih. Itu kegunaan seminggu tau sebab nak hantar dan ambil anak sekolah. Pergi KAFA lagi..mana nanti akan ada aktiviti kokurikulum waktu petang.

Bagi pembelian kereta pula, Malaysian Automotive Association MAA mendapati trend pembeli kereta di Malaysia semakin melonjak tinggi. Pasaran kereta mula menunjukkan petanda positif dikalangan potensi pelanggan di Malaysia. 

Jumlah pembelian pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas. Harga kereta BMW, Volkswagen Malaysia, Mercedes, Proton, Perodua, Mazda, Nissan, Honda dan Toyota terus melebarkan jumlah jualan di pasaran Malaysia. 

Ini didorong dengan pelancaran begitu banyak pilihan model yang ditawarkan pada harga yang murah dan lebih kompetitif untuk kualiti yang lebih baik.


Manakala senarai kereta CBU di Malaysia (Sedan, Hatchback, MPV, SUV akan diberikan pengecualian cukai jualan (sales tax) sebanyak 50 peratus sehingga 30 Jun 2022 berdasar pengumuman bajet belanjawan 2022


Selama kita pandemik 2 tahun lepas ni memang ramai orang membeli kereta baru pertama disebabkan faktor harga dan ada juga disebabkan kepuasan diri setelah lama kita kuarantin. Orang kata macam melepaskan dendam. Tapi kena ingat juga bila nak membeli kereta ni, kita perlukan fikirkan juga faktor kewangan kita sama ada stabil atau tidak. Mungkin ramai yang telah menabung dalam jangka yang lama dan setelah harga kereta turun, makan ramai la yang berpusu-pusu untuk membeli kereta baru.

Dan yang terbaharu harga kereta dijangka meningkat sehingga 10 peratus jika kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berakhir hujung bulan ini.


Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata peningkatan harga kereta bermula bulan depan tidak dapat dielakkan memandangkan insentif 'cuti cukai' yang diberikan kerajaan itu membolehkan rakyat menikmati harga lebih rendah.

Inisiatif pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis CKD dan CBU diperkenalkan oleh kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.


Tambahan pula kerajaan pastikan pengurusan ekonomi akan menjadi lebih bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan, terutama risiko kelembapan ekonomi global akibat daripada peningkatan kadar faedah di negara maju, dasar COVID-19 sifar di China yang mengganggu rantaian perniagaan global serta perang di Ukraine yang menimbulkan kesan ketara kepada harga komoditi utama.

Nampak kan? Disebabkan pandemik covid 19 yang telah berlaku dan peperangan sekarang ni memang sedikit sebanyak akan sedikit menganggu harga minyak dan kereta. Jadi jika ada niat untuk membeli kereta baru pastikan kita mempunyai kestabilan dari segi kewangan dan sebagainya.

Anak-anak suka main game kereta tak?
Jom kita main game nak hilangkan  stress..hehehe..



Ada banyak permainan menarik yang boleh dimain oleh anak-anak. Ida pun suka main game die untuk hilangkan rasa bosan dan stress.haha

Anak-anak mesti suka tengok cerita Grizzy& The Lemmings ni kan. Aksi yang nakal Lemmings ni buatkan Grizzy selalu mengamuk.

Mungkin juga ada suka cerita lain seperti We Are Bears ni.

 
Permainan scooter yang menarik boleh dimain oleh anak-anak.

 
Jom kita main game sama-sama.

Post a Comment

8 Comments

  1. Betul tu, kena fikir dulu rentak kewangan semasa dan diri. Tersilap langkah takut menganggu perbelanjaan harian. Cuma kena buat pembeliah berhemah, kenderaan sekarang bukan lagi kehendak, ia jadi satu keperluan masa kini.

    ReplyDelete
  2. Setuju yang harga kereta makin mampu milik (sesetengah) dan yes, harga minyak semakin naik. Maka, better buat pengiraan sebelum beli kereta baru atau tukar atau tambah kereta kan.

    ReplyDelete
  3. Good question juga kan sekarang.. I pun tertanya2 juga! First car dah nak habis banyak dalam setahun dua lagi, tapi kereta ni kat kampung. macam kena get one car kat KL easy for me to travel around.. hurm..budget budget lagi.. btw, macam menarik jer game2 yang ada ni..

    ReplyDelete
  4. banyak benda kita fikir bila kita kaitkan dengan komitmen bulanan.. apapun kita yg tathu yang terbaik

    ReplyDelete
  5. beli kereta ni berbaloi atau tidak dah jadi satu keperluan, lagi-lagi kalau tinggal tempat yang kita kene naik kenderaan tuk pergi almost ke mana sahaja kan. just, make sure apa yang kita beli ni, kita mampu nak bayar dan tanggung. beli ikut kemampuan diri dan bukan kerana mewah

    ReplyDelete
  6. Banyak benda kena fikir kalau nak beli kereta ni, sebab anak dan menantu Sis penjual kereta.. bermacam ragam dan karenah ada..

    ReplyDelete
  7. Blm fikir lg nk beli kereta baru, cukup lah kereta yg ada asalkan blh jln2 blk kpg

    ReplyDelete
  8. Betul juga sharing sis ni, i have a car so for now memang pakai ron95 jer yang lagi satu memang tak mampu lagi.

    ReplyDelete