FAMILY DAY TAHUN 2022

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..tak lama lagi kita nak menyambut Hari Raya Haji pula kan..sekejap je masa berlalu. Baru je kita berhari raya hari tu.

Lepas dari sebulan berhari raya tu..famili ada buat family day. Bukan besar-besaran pun. Pergi pantai..main game..masak-masak je. Takde family day pun pergi je pandai makan sarapan sana. 


Kejadian ni beberapa minggu lepas tapi Ida baru sempat nak menaip  sebab dalam sebulan dua ni sibuk siapkan review. Sejak dari Hari Raya tu banyak barang sampai untuk review. Takde la susah sangat tapi masa tu...sampaikan lupa nak update blog. Sebelum Ida masuk entry lain pasal review so Ida update dulu pasal family day hari tu.

Semasa pandemik kan masing-masing tak boleh nak jumpa selalu. Kalau jumpa pun tetap kena pakai mask..sekarang ni dah tak diwajibkan kalau kawasan terbuka.

Pagi tu kitaorang sampai awak nak chopp  tempat..haha. Kalau lambat orang lain sampai. Mulanya nak pasang khemah besar tapi sebab nak masak semua  tak pasang la khemah..selalunya pasang je sebab kalau nak ke tengahari tu dah panas. Kami letak alas khemah besar..tikar..dok ramai-ramai. Budak-budak main game..main pasir.


Permainan budak-budak ada banyak. Sekali orang tua buat permainan kerusi muzik  je sebab sibuk memasak. Ida bawa nasi goreng cina dan nasi putih sebab katanya nak bakar  ikan dan goreng sayur. Bahan untuk steamboat pun Ida bawa.


Tapi steamboat tak makan sebab dah kenyang dengan makanan lain. Siap bawa aiskrim lagi letak dalam box.

Bila dah main game..ada la hadiah untuk anak-anak. Suka la diorang dapat hadiah. Kumpulan yang kalah tu biasa la..ada juga la sorang dua yang merajuk.hehehe


Balik rumah semuanya dah keletihan. Ida?? Keletihan memasak dan mengemas.hahaha...

See mini vlog family day on my YouTube



Post a Comment

0 Comments