RESEPI POPIA SAMBAL SIRA PEDAS MANIS

Assalammualaikum...

Pada entry sebelum ni Ida ada kongsikan resepi popia goreng yang mudah. Kali ini Ida buat kelainan sikit nak cuba buat popia goreng sambal sira pula. Rasanya mestilah pedas-pedas manis. Ramai peminat sebenarnya popia sambal sira macam ni.




Untuk resepi inti popia goreng tu Ida letak linki di SINI tapi Ida akan kongsikan juga sikit secara ringkas.

RESEPI POPIA GORENG SAMBAL SIRA PEDAS MANIS

Bahan-bahan:



  • timun potong memanjang
  • lobak merah potong memanjang
  • sengkuang potong memanjang
  • telur rancik atau hancur
  • bawang putih hancur sedikit
  • kulit popia




Cara-caranya:

1. Untuk bahan-bahan inti uolls boleh goreng dengan minyak sedikit sampai agak lembut.

2. Lepas inti dah sejuk sedikit uolls boleh buat gulung popia macam biasa dan goreng. Masa Ida buat ini goreng sekali je jadinya bila agak lama dia akan lembik. Jadi uolls boleh buat 2 kali goreng nak bagi rangup dan lama sedikit. Kalau uolls nak makan panas-panas, goreng sekali dah cukup.


Cara-cara untuk sambal sira :

1. Dengan minyak sedikit, masukkan cili boh ikut kuantiti popia uolls dan rasa. Nak lagi pedas lebih banyak la sedikit. Ida letak dalam 2 sudu besar sahaja sebab buat sedikit. Masak sampai agak naik minyak, bagi cili boh tu masak.

2. Masukkan sos cili ikut citarasa uolls. Kemudian masukkan gula dalam 5-6 sudu. Gaul dan rasa. Kalau nak lagi manis, masukkan gula lagi.

3. Dah siap tutup api dan biarkan sekejap.

4. Sebelum nak gaul dengan popia tu tengok dulu sambal tu, jika minyak terlalu banyak keluarkan dulu minyaknya dan kemudian gaul la popia dengan sambal tu.




SELAMAT MENCUBA!!

Post a Comment

12 Comments

  1. Sedapnya! Ni mmg faveret sangat tp tak pernah buat sendiri

    ReplyDelete
  2. Ohh wow....this is really perfect for me to prepare my CNY cookies, yeah! Love this recipe
    Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing the recipes. I really love this snack especially during festive seasons. Will try to make this during holiday. Good timing!

    ReplyDelete
  4. mcm menarik resepi ni.. nampak sedap juga.. boleh bg try anak2.. diaorang mmg suka hidangan.mcm ni

    ReplyDelete
  5. Wahhh nampak sedap. Boleh cuba resepi ni. Tak pernah buat popia. Hehe. Thank you share

    ReplyDelete
  6. Tengok resipi ni terua rasa nak buat kat rumah sebab ada kulit popiah tu yang dah lama tak guna takut koyak jer... Mudah lak tu resipi ni ok kita cuba...

    ReplyDelete