RESEPI SAGU GULA MELAKA

Assalammualaikum...

Peminat sagu mesti suka kalau cuba resepi ni. Jom jenguk resepi sagu gula melaka ni.




RESEPI SAGU GULA MELAKA

Bahan -bahan :-

  • Sagu
  • Pewarna
  • 1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
  • 2 sudu gula Merah
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
  • Secubit garam
  • 1/2 air
  • Isi jagung krimer, cendol, Kacang merah

Cara - caranya:

  • Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
  • Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air masak.
  • Untuk kuah,
  • Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan, garam. Biarkan masak seketika.sejukkan.
  • Tuang dalam bekas..
  • Kemudian cedokkan sagu
  • Siram susu cair
  • Hiaskan dengan jagung krimer, cendol dan Kacang merah

*TIPS SAGU*

-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air masak & masukkan ke dalam bekas berisi air masak supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.

Post a Comment

4 Comments