Peminat sagu mesti suka kalau cuba resepi ni. Jom jenguk resepi sagu gula melaka ni.
RESEPI SAGU GULA MELAKA
Bahan -bahan :-
- Sagu
- Pewarna
- 1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
- 2 sudu gula Merah
- 1 ketul gula Melaka
- 1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
- Secubit garam
- 1/2 air
- Isi jagung krimer, cendol, Kacang merah
Cara - caranya:
- Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
- Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air masak.
- Untuk kuah,
- Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan, garam. Biarkan masak seketika.sejukkan.
- Tuang dalam bekas..
- Kemudian cedokkan sagu
- Siram susu cair
- Hiaskan dengan jagung krimer, cendol dan Kacang merah
*TIPS SAGU*
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air masak & masukkan ke dalam bekas berisi air masak supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
4 Comments
nyummmm sedap ni ^_^
ReplyDeletesesuai benar dibuat pencuci mulut ni...
ReplyDeletekalau makan masa panas memang sedap dan menyelerakan
ReplyDeleteDuh .... Rindu makanan buatan orang Malaysia. Selamat malam.
ReplyDelete