RESEPI 3 IN 1 ROTI DONUT BOMBOLONI SEDAP

Assalammualaikum...

Siapa sini suka makan bomboloni? Mesti ramai yang suka kan. Ada pelbagai perisa macam donut gitu tapi intinya di dalam. So Ida nak kongsikan resepi ni yang Ida jumpa dalam media sosial.




RESEPI 3 in 1 Roti Donut Bomboloni Sedap
(Burger malaysia pun boleh)


Bahan A

* 11g yis paket (instant)
* 2 sudu besar gula
* 1 cawan air suam
bahan bertanda * satukan dan biarkan sampai naik buih

Bahan B

  • 500 g tepung roti / tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar marjerin / butter
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil bread improver (kalau ada, lagi baik.. takde - boleh je janji buat)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur (pukul telur sekejap dengan garfu hingga berbuih)

Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan B sampai jadi macam serbuk roti
  • Campur dengan bahan A
  • Uli hingga tak lekat di tangan
  • Kalau guna breadmaker, masukkan Bahan A (cecair) dulu, kemudian masukkan Bahan B.
  • Biarkan lebih kurang 30 minit. Dah naik, tumbuk buang angin dan bahagikan doh kecil2 ikut suka besar mana. Roundingkan.
  • Kalau nak buat donut, buat lubang di tengahnya.
  • Ketepikan, biar sekejap dalam 10 - 15 minit.
  • Kalau nak buat roti, masukkan dalam loyang. Taburkan potongan kecil butter di atas adunan roti.

Untuk Donut :

  • Panaskan kuali api sederhana, masukkan donut dan biarkan sekejap, dah perang baru terbalikkan sebelah lagi.
  • Angkat, toskan minyaknya di jaring.
  • Kisar gula + sedikit susu tepung untuk salut donut.
  • Cucuk inti coklat / nutella untuk bomboloni.
  • Kalau jadikan roti, bila dah naik gebu, panaskan oven 160c, bakar roti api atas dulu 7 minit, kemudian buka api atas bawah 15 minit. (Agak-agak, ikut oven masing-masing ya)

Gebu, gebas dan sedappp!
Selamat mencuba semua! 

Sumber : Nieza Nor Hamnira

Post a Comment

2 Comments

  1. Bolehlah buat sendiri lepas ni hehe sebab nak cari kat area rumah saya susahh

    ReplyDelete
  2. memang gunakan resepi ini untuk buat roti dan donat hehehhe...

    ReplyDelete