Actually Ida dapat tips ni daripada pakar motivasi yang Ida tengok dalam Instagram iaitu Andikaputeraa. Mulanya Ida tak kenal pun..kebetulan lalu dalam reels Ida pasal die dengan isterinya. Dan masa tu Ida agak kagum sebab setiap percakapannya pasti akan diselami dengan selawat. Macam Ya Allah jarangnya nak nampak orang yang bercakap ni tapi akan selit juga selawat dalam masa yang sama.
Lepas tu Ida follow pula IG die dan rupanya banyak tips kat situ dan masa itu la Ida terjumpa video pasal cara mudah untuk bangun solau sunat tahajud ni.
Mungkin ramai yang dah amalkan atau mungkin juga ramai yang masih malas nak bangun. Agak terkesan bila die kata orang yang tak dapat bangun solat tahajud ini seolah-olah Allah tak nak berjumpa dengan kita. Rasa sedih tak? Sedih kan..
Sejak Ida berbisnes ni kebanyakkan mentor..leader pasti akan tekankan bab bangun solat malam ni. Solat tahajud..dan alhamdulillah Ida amalkan tapi memang kadang kala itu akan terbabas juga. Tapi jika Ida terbabas akan terdetik kat hati Ida ni..Ya Allah aku tak dapat nak bangun tahajud hari ni..serius rasa sedih masa tu.
Jadi perkongsian ini Ida harap orang lain pun boleh berubah bersama-sama dengan Ida. Ini sebagai nasihat untuk diri sendiri juga pada semua orang juga sebab kita tak tahu bila akan mati dan takkan bila dah sakit baru rasa nak berubah kan.
6 CARA UNTUK MUDAH BANGUN SOLAT SUNAT TAHAJUD DAN WAKTU TERBAIK UNTUK BANGUN
1. Berwudhuk
Sebelum tidur tu sebaiknya kita berwudhuk la dulu. Allah suka kalau kita jaga wudhuk kita, lagi bagus pastikan badan kita ni sentiasa dalam keadaan berwudhuk.
2. Solat sunat taubat 2 rakaat
Kita ni setiap masa melakukan dosa..tak kisah la dosa tu kecil sahaja. Jangan la bila kita lakukan dosa besar baru la nak buat solat sunat taubat ni. Sebaiknya buat la setiap hari, kalau rasa tak mampu buat seminggu sekali pun takpe. Jangan sampai tak buat langsung.
3. Istighfar 200 x
Setiap hari kita akan beristighfar tak kisah la waktu bila pun tapi ada orang memang jawab mulut ni nak beristighfar. Tahu kan kehebatan beristighfar ni? Allah akan memudahkan urusan kita, meluaskan rezeki kita dan memberi kekuatan pada jiwa.
4. Baca Subhanaallah Alhamdulillah Allahuakhbar
Baca zikir ni 33 kali sebelum tidur. Dalam solat sendiri pun kita ada amalkan zikir ni kan.
5. Baca Subhanaallah Walhamdulillah Walaailaha Illallah Allahuakhbar Laa hauwala quwata illahi aliyyil adzim 3 x
6. Angkat tangan baca doa
- Al Fatihah 1x
- Al Ikhlas 3x
- Al Falaq 1x
- Al Nas 1x
- Al Kursi 1x (
- *if nak baca 3 kali pun takde masalah
- Selawat 3x
- Doa agar kita mudah nak bangun tahajud esok pagi
- Sapukan pada seluruh badan kita kecuali kemaluan dan tapak kaki
kredit : andikaputeraa
Bila waktu yang terbaik nak bangun solat sunat tahajud?
Solat tahajud ni dilakukan pada malam hari iaitu selepas daripada pukul 12 tengah malam dan sebaiknya ialah pada waktu sepertiga malam. Dalam pukul 3 pagi macam tu, masa waktu orang nyenyak tidur. Masa itu la kita bangun untuk solat tahajud dan masa itu la kita akan bersendirian dengan Allah untuk berbicara apa yang terbuku dalam hati kita.
Masa itu keadaan sunyi sepi..masa itu la waktu yang paling tenang sebenarnya untuk kita solat dan berdoa. Serius kalau kita hayati betul setiap doa kita masa solat tahajud ni boleh menitis air mata sampai bengkak-bengkak mata berdoa tau.
Jika waktu tu tiba-tiba kita terjaga untuk ke tandas atau terkejut dari mimpi tahu tak sebenarnya Allah jentik hati kita untuk bangun bertemu denganNya.
Jadi kalau tiba-tiba kita bangun atau terjaga dari tidur, bangun la untuk solat tahajud sebentar. Tak perlu buat banyak, 2 rakaat pun dah cukup.
Jom sama-sama berubah
0 Comments