RESEPI PASTA SPIRAL GORENG YANG MUDAH

10:46:00 AM

Assalammualaikum...

Kebetulan bulan puasa tempoh lalu Ida ada beli spiral kononnya nak masak la. Sekali rasa macam malas pula.hahaha. Tunda punya tunda, beberapa hari lepas baru la nak masak.




Bahan-bahan pula tak banyak ada, so masak la simple ikut bahan yang ada dalam sejuk.

RESEPI PASTA SPIRAL GORENG YANG MUDAH

Bahan-bahan :

- sedikit daging cincang

- lobak yang dipotong dadu

- beberapa batang sosej

- sos Prego tradisional atau seakan dengannya

- pasta spiral yang direbus

- bawang merah

- bawang putih

CARA-CARANYA:

1. Tumis daging cincang dengan sedikit minyak sehingga nampak agak garing.

2. Masukkan bawang merah dan bawanh potong yang dicincang

3. Dah nampak bawang garing sikit, masukkan lobak merah dengan sosej.

4. Masukkan sos Prego. Kalau nak pedas sikit boleh tumis cili boh sikit masukkan bawang tadi.

5. Masak sehingga mendidih, masukkan gula dan garam serta sedikit black pepper. Kalau ada mixed herbs boleh masukkan sekali.

6. Masak sehingga agak kering..jangan terlalu berair. Masukkan pasta spiral yang dah direbus, gaul sebati.

7. Dah siap boleh dimakan.



SELAMAT MENCUBA!!

Kalau nak resepi spiral carbonara yang rasa lemak-lemak sikit dan berkuah boleh klik kat resepi ini >> RESEPI SPIRAL CARBONARA

You Might Also Like

3 penggomen