DECO RUANG LAUNDRY SEMASA PKP KALI INI



Assalammualaikum..

Sudah hampir 2 minggu kita melaksankan PKP kan. Dalam masa sama sekarang juga musim cuti sekolah. Jadi ada je rancang untuk mengisi masa yang terluang. Mana yang terpaksa bekerja dari rumah juga bosan.



Sehari sebelum mula PKP tu, Ida ada plan nak melukis dinding di luar, kawasan laundry/mencuci. Memandangkan ruang membasuh tu bahagian luar dekat bahagian dapur so Ida rancang cuma nak hias sikit je.

Jadi mula la Ida buka kat Pinterest dan Google mana yang sesuai untuk melukis pada dinding laundry. Dan terjumpa la satu lukisan tu. Ida hanya perlu menulis je memandangkan nak melukis, tangan ni bukan la berseni sangat.hahaha. Dan yang selebihnya, Ida hanya nak lukis bentuk geometri sahaja. Tak perlu tangan berseni pun boleh buat sebab main lukis je cincai.HEHE



Ini design yang Ida buat dalam Microsoft Word.


Tulisan tu Ida just google sahaja. Taip la " laundry printable word ", so nanti akan keluar banyak. Pilihlah mana yang berkenan dan mudah untuk uolls buat dan lukis.

Macam Ida just menulis perkataan tu je. Bahagian tepi lukisan tu tak buat. Ida tukar pada geometri sahaja.

Cat pula Ida gunakan saki baki cat yang ada kat rumah. Mulanya tulisan tu nak cat warna kelabu. So agak gelap la sikit memandangkan malas nak beli cat hitam pula.hehehe. Sekalu cat kelabu tu tinggal sikit. Terpaksa la guna cat yang warna die macam nak coklat sikit.

Dinding ni Ida siapkan dalam masa 2 hari sahaja memandangkan bukan la banyak sangat lukisan yang nak dibuat.

Ini prosesnya


Pagi tu Ida tulis dan lukis semua yang nak dibuat



Petangnya rancang nak buat garisan je, sekali terus warnakan bahagian perkataan ni. Sambung pula sampai ke malam


Esoknya sambung warnakan bahagian lain. Doublekan bahagian perkataan yang dah cat semalam


Dan ini la hasilnya...

Esoknya pagi sambung cat semua dan doublekan cat yang lain. Sekejap je nak kering memandangkan bahagian luar, sekarang pula musim panas. Terus sambung buat outline die. So siap la.


Luar garisan outline tu just gunakan marker pen sahaja. Kalau boleh cari yang mata agak tebal sikit sebab kalau mata kecil tak nampak sangat outline die. Tu pun Ida double kan banyak kali outline die.

Sebelah tu Ida akan letak shelf atau rak. Actually ada je rak bawah tu masa Ida buat sendiri dulu tapi just nak jimatkan ruang kalau boleh nak letak bahagian atas sabun baju semua tu. Tengok pada keadaan.

Bahagian ini juga Ida gunakan untuk menanam pokok, so kalau boleh nak bagi kemas sikit.

Tak tahu la pendapat uolls, tapi just nak puaskan hati sendiri melukis kat dinding ni.hahaha..

Oh kalau tanya warna cat tu. Perkataan tu warna Sable Stone, segitiga kecil warna Pebblestone, hijau warna Wondergrass, biru muda tak silap Beryl Charm dan biru tua Atlantic Pool.

So apa projek uolls masa PKP kali ni??

Post a Comment

5 Comments