ISU KEKEJAMAN ZIONIS YANG BERLAKU DI PALESTINE

Assalammualaikum...

Hari ini sudah masuk Syawal yang ke-6, tak terlambat lagi Ida nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN pada uolls.

Raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun ssebelumnya disebabkan PKP di seluruh negeri dan tahun ni juga dah tahun kedua Ida tak dapat pulang ke kampung. Ramai yang terkesima..sedih sebab tak balik kampung. Ida pun sedih tapi lebih sedih dengan apa yang berlaku di Palestine. Ya Allah setiap hari menitik air mata ini.



Kekejaman rakyat Israel pada rakyat Palestine ini semakin menjadi-jadi sehinggakan tergamak untuk buat kacau bilau kat Masjid Al-Aqsa. Sampaikan orang nak solat terawih pun diorang boleh lancarkan serangan peluru kat sana. Subhanaallah. Walaupun serangan ini dah berlaku lama tapi sekarang ni bertambah teruk. Berapa ramai yang terkorban. Tambah berlaku pada bulan Ramadhan..sehingga sekarang masih berlaku serangan pada rakyat Palestine.

Ramai yang telah terkorban dan kebanyakkan kanak-kanak dan kaum wanita. Sehinggakan pihak hospital tak dapat terima mayat kanak-kanak yang telah terputus kaki..tangan. Allahuakhbar...

Malah sanggup juga puak Israel ini merampas tanah..rumah yang telah didiami oleh rakyat Palestine sejak dulu lagi. Rumah mereka sendiri telah dirampas tanpa rasa malu.

Tahniah juga Ida ucapkan pada mereka yang menyokong pembebasan Palestine ini secara besar-besaran. Isu ini bukan sahaja sebab agama tapi keperikemanusiaan. Lihat la betapa kejamnya Israel ini..tak terfikir jika yang mati dibom itu keluarga mereka sendiri..anak mereka sendiri.

Jika kita tak dapat tolong mereka dari segi tenaga..nyawa kita, Tolong la doakan untuk mereka di Palestine.



Teruskan doakan untuk mereka agar bebas dari kekejaman ini dan dapat semula tanah mereka. Allahuakhbar...

#savepalestine #koyak #savegaza

Post a Comment

0 Comments