FINALLY! AKTIVITI HIKING DI TELAGA SIMPUL

Assalammualaikum...

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Mubarak. Alhamdulillah..semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa yang selesa sepanjang bulan ni.

Akhir-akhir ni Ida agak sibuk dengan persekolahan anak-anak. Anak sekolah pagi, kemudian petang nak ke KAFA pula. Hujung minggu pun ada KAFA sebab hari kelas tu tak sama mengikut tahun. Tahun depan lagi la sibuk.



Kali ini Ida nak kongsikan aktiviti Ida minggu ni.

Actually dah lama Ida nak hiking ni tapi tak berkesempatan dan lagi satu sebab takde teman yang boleh bawakan. Yelah Ida bukan tahu sangat tempat-tempat kat sini melainkan tempat yang memang Ida biasa pergi.


ini kawasan die kalau nak jogging. Sunyi kan. Ida ada share video kat Youtube>>SINI


Semalam Ida ke Telaga Simpul di Teluk Kalung bersama adik ipar dan anak-anak. Bawa juga anak sedara yang lain. Dah macam cikgu sekolah bawa budak-budak ni.hehehe. Ida sebenarnya dah pernah datang berkelah dan jogging di sini. Best dan selesa sebab kawasan sini tak sibuk dengan kereta. Berdekatan dengan kawasan kampung dan kem tentera. So tempat ni macam jalan raya yang sunyi. Jadi tak terlalu bahaya kalau nak jogging atau berbasikal di sini.




Bukit di sini juga tak berapa tinggi dan agak selamat la sebab bertangga. Agak bahaya kalau nak turun tu sebab curam. Kalau bawa anak-anak kena alertkan banyak kali supaya perlahan masa turun. Tapi biasalah budak-budak kan. Ada juga nak kena marah sikit sebab tak nak slow.huhu




Permandangan kat atas ni serius cantik sangat. Rasa segar je dapat hirup udara sini. Masa naik tu agak sakit dan lelah juga la sebab tak biasa kan. Bila dan masuk barisan kedua bukit tu baru la ok.Takde rasa penat lagi.




Bagus bawa anak-anak kat sini, selain dari berikan aktiviti sihat macam ni, at least boleh diorang rasa pengalaman macam ni. Lagi satu takde la terlalu terperuk dengan gajet dekat rumah. At least bole buka minda diorang dengan udara segar. Betul tak?




Apa aktivit korang masa hujung minggu??

Post a Comment

2 Comments