MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER DARI WOWSHOP


Assalammualaikum...

Salam Ramadhan yang ke 13. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalan ibadah puasa pada tahun ni. Maaf tak berkesempatan nak update, tidak la terlalu sibuk tapi nak cuba fokuskan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.



Kali ini Ida nak kongsikan pasal item menarik yang Ida beli dari WOWShop iaitu MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER. Apa yang menariknya? Hah jom kita tengok.

Actually dapur gas Ida masih elok, tidak la rosak lagi even dah hampir 10 tahun pakai. Cuma api sebelah die tu kadang kala susah nak hidup dan lagi satu sebab periuk Ida dah jadi terlalu berjelaga apa tu hitam bawah die. Dah adjust apinya pun masih sama.

Memang ada rancang nak beli dapur gas yang periuk..eh..tiba-tiba ibu telefon kata dah masukkan duit pastu suruh beli dapur gas kat WOWShop 2 set. Satu untuk Ida, dan satu lagi untuk adik Ida. Ibu Ida dah pernah datang rumah so masa masak tu die tanya la pasal dapur gas tu..api die macam tak sekata. Ida dah bagitahu dah adjust pun sama je..memang nak beli baru tapi nanti la sebab boleh pakai lagi.hehe. Alhamdulillah ada rezeki, ibu pula yang tolong belikan.

Tadaaa....ini la dapur gasnya. Ida suka dengam corak warna hijau die tu. Cantik juga kan. Dengan harga RM199 dapat free gift die lagi...



Ini la free giftnya. Macam Ida dapat bekas besi ni tau tapi ada juga yang dapat mangkuk ceramic

boleh la nak letak makanan if nak buat apa-apa majlis dekat rumah kan..


macam biasa mesti ada buku manual dan warranty card.
Siapa ada bagi buku resepi lagi dari Chef Fikree


Dah la beli dapur gas besar, siap dapat pula free gift dapur kecil ni tau.
Tapi bukan jenis kaca la..tapi still lawa.


Set sudu garfu ini ada bagi free juga. Ida tak perasan pun sebenarnya.
Dah buka baru tahu ada.hehehe


Soooo..macam mana. Berbaloi jugak kan dengan harga RM199 free postage dapat semua ini. Tahan berapa lama tak tahu la tapi jenis kaca so uolls kenalah hati-hati. Nak bersihkan tu biar tunggu sejuk dulu. Jangan letak benda-benda panas atas kaca tu .

Pandangan Ida boleh la dapur gas ni. Menarik. Bila masak tu macam lambat nak mendidih tapi bila dah panas, memang kejap je masaknya. Paling best dah tak risau sangat bab bontot kuali nak hitam.hahaha..

Basic info:

Glass Top Infrared Gas Cooker
Gas Cooker Size : 720mm x 385mm x 85mm (with stand)
Burner Ring Size : 150mm x 150mm
Burner : Double jet burner
Heat Input : 2.5kW
Weight : 6.7kg

Single Infrared Gas Cooker
Gas Cooker Size : 370mm x 290mm x 110mm (with stand)
Burner Ring Size : 135mm x 135mm
Heat Input : 1.85kW
Stainless Steel Panel : 0.33mm x 0.28mm
Weight : 1.4kg


Siapa yang dah beli MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER dari WOWSHOP ini boleh la komen pandangan uolls kat bawah.

Ida sertakan sekali link untuk beli MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER






RESEPI PULUT SERI MUKA

Assalammualaikum...

Ini menu kesukaan orang ramai terutamanya di bulan Ramadhan. Kalau hari biasa memang ada, selalu nya masa sarapan pagi.




RESEPI PULUT SERI MUKA

Bahan-bahan:

Bahagian bawah

  • 3 cawan pulut
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

(Cuci pulut toskan masukkan santan & garam kukus dalam talam selama 25minit) then angkat penyek-penyek bagi padat

Bahagian atas

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Masukkn semua bahan-bahan blend bagi adunan halus..kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan..kukus 30 minit..siap,dan boleh guna cawan atau apa-apa asalkan sukatan guna cawan yang sama..biasa saya buat agak-agak je

Kredit Resepi :suisan SuiSan Aliezsha

HEALTH QUOTES 36#

Assalammualaikum..





" THE DOCTOR OF THE FUTURE WILL NO LONGER TREAT THE HUMAN FRAME WITH DRUGS, BUT RATHER WILL CURE AND PREVENT DISEASE WITH NUTRITION "


~Thomas Edison


FINALLY! AKTIVITI HIKING DI TELAGA SIMPUL

Assalammualaikum...

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Mubarak. Alhamdulillah..semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa yang selesa sepanjang bulan ni.

Akhir-akhir ni Ida agak sibuk dengan persekolahan anak-anak. Anak sekolah pagi, kemudian petang nak ke KAFA pula. Hujung minggu pun ada KAFA sebab hari kelas tu tak sama mengikut tahun. Tahun depan lagi la sibuk.



Kali ini Ida nak kongsikan aktiviti Ida minggu ni.

Actually dah lama Ida nak hiking ni tapi tak berkesempatan dan lagi satu sebab takde teman yang boleh bawakan. Yelah Ida bukan tahu sangat tempat-tempat kat sini melainkan tempat yang memang Ida biasa pergi.


ini kawasan die kalau nak jogging. Sunyi kan. Ida ada share video kat Youtube>>SINI


Semalam Ida ke Telaga Simpul di Teluk Kalung bersama adik ipar dan anak-anak. Bawa juga anak sedara yang lain. Dah macam cikgu sekolah bawa budak-budak ni.hehehe. Ida sebenarnya dah pernah datang berkelah dan jogging di sini. Best dan selesa sebab kawasan sini tak sibuk dengan kereta. Berdekatan dengan kawasan kampung dan kem tentera. So tempat ni macam jalan raya yang sunyi. Jadi tak terlalu bahaya kalau nak jogging atau berbasikal di sini.




Bukit di sini juga tak berapa tinggi dan agak selamat la sebab bertangga. Agak bahaya kalau nak turun tu sebab curam. Kalau bawa anak-anak kena alertkan banyak kali supaya perlahan masa turun. Tapi biasalah budak-budak kan. Ada juga nak kena marah sikit sebab tak nak slow.huhu




Permandangan kat atas ni serius cantik sangat. Rasa segar je dapat hirup udara sini. Masa naik tu agak sakit dan lelah juga la sebab tak biasa kan. Bila dan masuk barisan kedua bukit tu baru la ok.Takde rasa penat lagi.




Bagus bawa anak-anak kat sini, selain dari berikan aktiviti sihat macam ni, at least boleh diorang rasa pengalaman macam ni. Lagi satu takde la terlalu terperuk dengan gajet dekat rumah. At least bole buka minda diorang dengan udara segar. Betul tak?




Apa aktivit korang masa hujung minggu??

7 KHASIAT UTAMA ALFALFA COMPLEX. UOLLS MESTI TRY!!

Assalammualaikum...

Dah lama tak posting bab produk Shaklee kan. Actually info-info produk Shaklee sekarang Ida banyak share dalam sosial media. Ida maish aktif cuma banyak customer dari online je. Orang-orang terdekat jarang ada.

Entry kali ini Ida kongsikan khasiat utama Alfalfa Complex. Kalau cerita bab Alfalfa ni Ida suka sebab fungsi terbaiknya ialah DETOX. Banyak kali Ida akan ulas...if nak badan kurus, kulit cantik..please DETOX. Detox ni sebenarnya membantu menyingkirkan...membuang segala benda kotor atau toksin dalam badan kita yang boleh menyebabkan fungsi khasiat lain akan terhalang. Contoh kalau uolls makan produk apa pun, badan korang banyak toksin..produk tu takkan berkesan kat uolls.



So apa-apa please DETOX..

7 KHASIAT UTAMA ALFALFA COMPLEX





1. Mengatasi masalah pencernaan

Siapa ada masalah bau badan berbau atau mulut berbau? Tahu tak salah satu puncanya ialah uolls sebenarnya ada masalah pencernaan. Alami masalah sembelit..jarang buang air besar. Hah tahu tak bahaya kalau sembelit ni, silap bulan kalau teruk akan alami buasir. Jadi siapa ada masalah sembelit elok sangat kalau amalkan alfalfa complex ni.




2. Mengurangkan gejala menopaus


Alfalfa ni juga dikenali sebagai "kacip fatimah" sebab kandungan herba dalamnya memang bagus untuk wanita. So uolls nak ketat..silah ambil alfalfa ni..hehe





3. Dapat melegakan asma


Actually siapa ada masala resdung sangat bagus kalau ambil alfalfa selain bagi mereka yang ada masalah asma. Ini kerana kandungan klorofil didalamnya sangat bagus untuk mereka yang alami penyakit pernafasan.





4. Tinggi kandungan vitamin K


Ibu-ibu berpantang juga suka ambil alfalfa ni semasa pantang mahupun selepas pantang. Selain untuk membantu memperbanyakkan susu ia juga membantu proses penyembuhan luka bersalin selain dari pengambilan vitamin C dan Zinc.





5. Menyingkirkan toksin dari badan


Ini yang Ida sebut pada mula entry tadi. Alfalfa ni memang bagus untuk singkirkan toksin dalam badan uolls. Nak sihat..silalah detox badan uolls ye..:)






6. Mengawal kolestrol darah


Disebabkan fungsinya juga untuk buang toksin dalam badan jadi pada masa yang sama ia juga membantu untuk mengurangkan risiko bagi penyakit jantung disebabkan kolestrol dalam badan.






7. Menghilangkan ketagihan alkohol


Ini khas untuk mereka yang non muslim. Siapa ada masalah ketagihan alkohol atau dadah, cuba berikan mereka alfalfa ni. Mana tahu ia dapat membantu mereka.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

Email : chintashoope@gmail.com
No ID: 1074293

7 TIPS FOR MINDFUL EATING

Assalammualaikum...


7 TIPS FOR MINDFUL EATING



1. Take smaller bites and chew well

2. Sit at the table

3. Put the fork down between bites

4. Don't eat straight from the packet

5. If you feel full, save it for later

6. Remove distraction

7. Pay attention to the smell, taste dan texture

KATA MADAH 47#

Assalammualaikum...




NIATKAN DALAM HATI YANG KITA INGIN BELAJAR KERANA ALLAH,

KERANA MAHU MEMBANGGAKAN IBU BAPA SERTA ORANG DISEKELILING KITA

DAN KERANA MAHU MEMBUKTIKAN YANG KITA JUGA BOLEH BERJAYA SEPERTI ORANG LAIN



Bila kita memulakan sesuatu perkara atau perancangan. Pastikan dulu apa niat kita dan kenapa kita buat. Cuba niatkan semua perkara itu kerana Allah sebab Dia la sebaik-baik perancangan. Kemudian baru fikirkan benda lain..untuk orang lain.mahupun untuk diri sendiri.

Yakin kita juga boleh menjadi seperti orang lain yang berjaya.