REVIEW : MEDIHEAL MASK SCIENCE

Assalammualaikum..

Kaum wanita kebanyakkannya memang tak akan lari dengan produk kecantikan. Rata-rata penggemar barang kecantikan adalah wanita tetapi tidak kurang juga dengan lelaki. Produk kecantikan juga semakin hari semakin banyak di pasaran.

Kali ini Ida akan kongsikan pengalaman Ida menggunakan mask dari Mediheal. Actually Ida tak pernah dengar lagi pasal produk Mediheal ni, rupanya produk ni memang agak famous juga dan telah mengeluarkan banyak produk kecantikan salah satunya ialah mask atau topeng muka.



Uniknya mask dari Mediheal ni, ia mempunyai logo tersendiri pada masknya. Selalunya permukaan mask hanya kosong sahaja, tapi mask ni ada logo Mediheal padanya. Jom kita close up sikit mask ni.




1. MEDIHEAL E.G.T Timetox Mask Ampoulex



Adenosine, Acetyl Hexapeptide-8, Astaxanthin, dan Tocopheryl Acetate, menyokong kulit supaya kelihatan tegang dan membaikpulih kulit, melindungi kulit dengan menguatkan sistem pertahanannya. Bahannya iaitu ultrafine woven memberi kesan ketegangan yang kuat, menyokong bentuk wajah bagi memastikan khasiatnya memberi kesan yang optimun pada kulit.

2. MEDIHEAL W.H.P Black Mask Ampoulex



Ekstrak Buah Niacinamide dan Euterpe Oleracea membantu menyamakan warna kulit yang lebih sekata sementara Aqual Seal (Xylityl Glucoside, Anhydroxylitol, dan Xylitol) memberikan kelembapan yang berkekalan pada kulit. Bahan pada mask ini dibuat dengan arang Binchotan premium yang menyegarkan bagi memberikan kesan infrared rays dan negative anions yang melegakan tekanan dan memulihkan tenaga pada kulit.

3. MEDIHEAL I.P.I Lightmax Mask Ampoulex



Sodium Ascorbyl Phosphate, manakala Ekstrak Bark Willow (Morus Alba), dan Niacinamide membantu seimbangkan warna kulit dan memberikan kulit yang lebih cerah dan sihat. Bahan mask ini iaitu ultrafine woven memberikan ketegangan yang kuat, menguatkan bentuk wajah untuk memastikan penyerapan vitamin atau patinya masuk pada kulit untuk hasil yang optimum.

4. MEDIHEAL N.M.F Aquaring Mask Ampoulex



Mask ni membantu menghidrat dan menegangkan kulit dengan N.M.F (Natural Moisturizing Factor) , sodium hyaluronate, allantoin, dan trehalose. Mask dari bahan Bamboo Cellulose yang melekat kuat pada kulit untuk memastikan menyerapan esen pada tahap maksimum. Apabila mask ni telah kering, ia akan berubah menjadi putih dan akan mengecut agar dapat mengetatkan kulit muka kita.



Bagi Ida mask ni agak berlainan dengan mask-mask yang Ida pernah cuba sebelum ini. Baunya juga tidak berapa kuat. Dan paling menariknya mask ini didatangkan sekali dengan Ampoule dengan 100 ceramide kapsul.



Caranya mudah sahaja.

1. Selepas cuci muka, letak mask ini pada muka. Pastikan keseluruhan mask ni kena pada kulit uolls.



2. Biarkan selama 10- 20 minit hingga logo Mediheal ni akan kelihatan keluar.

3. Selepas itu buka mask dan tepuk muka agak esen yang ada pada kulit menyerap masuk ke dalam kulit.



4. Kemudian letakkan ampoule pada kulit dan urut muka dengan perlahan dan lembut. Ampoule ni sebenarnya agak banyak, so uolls boleh simpan dan gunakan pada lain hari. Ampoule ini boleh digunakan 3-4 kali, ikut pada berapa banyak uolls letakkan pada kulit.


Uolls boleh dapatkan Mediheal mask ini di drugstore berdekatan atau beli secara online di Shopee, Hermo atau pun Lazada.



SELAMAT MENCUBA!!

Post a Comment

25 Comments

  1. Mask memang fungsi dia menegangkan kulit muka kan?. Suka juga sesekali pakai mask sebab rasa sejuk je muka. Bila dah tanggal rasa kulit muka licin ajer.

    ReplyDelete
  2. Great to know that you get so many facial masks that could help you to look more youthful and feel fresh.

    ReplyDelete
  3. i suka pampered myself dengan facial mask, lepas pakai tu rasa cantik je kulit, nanti nak try mediheal plak

    ReplyDelete
  4. first time jumpa mask siap ampoule ni. Memang extra hydrate la ea bila pakai mask mediheal ni. Nice!

    ReplyDelete
  5. Kebetulan mask muka pun dah habis ni. So after mask, pakai esen dia ya. Boleh try la brand Mediheal lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..try la. best sebab ada ampoule die sekali..jimat kos.hehe

      Delete
  6. Suka sheet mask dari Mediheal. Ni di antara jenama yang consistent mengeluarkan sheet mask ikot trend. Trend berbuih tu pun ada. Walaupun banyak jenama buat macam tu, mereka pioneer. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Pernah pakai mask Mediheal, memang best..nak kene cuba yang lain pulak..hehee..semuanya nampak bagus

    ReplyDelete
  8. Pakaging dia lain dari lain, menarim perhatian sungguh.. nanti boleh cari dan mencubanya.. lama juga tak guna mask ni adoiii

    ReplyDelete
  9. Nell memang suka produk face mask dari Mediheal ni... macam2 function ada, plus ada extra ampoule pulak tue.. (Y) skrg memang guna brand ni jer for facial mask.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kan..mask sekali dengan ampoule mcm ni. jimat belanja

      Delete
  10. Mediheal fave mask ni nampak menarik. Nanti bolehla try pakai. Teruja sebab ada ampoule dsbnya

    ReplyDelete
  11. woow...i use facial mask sheets before my daily beauty sleep. thanks for sharing this, am gonna explore & try this brand next. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  12. Aduh... Tetiba teringat kak nina dah lama tak manjakan muka ni. Huhuuu
    Nanti nak cuba laaa, nak kasi muka lebih moist

    ReplyDelete
  13. Memang favourite brand ni. Suka semua produk dia sebab sesuai dengan kulit

    ReplyDelete