REVIEW : LIFEBUOY SHISO & PINK CLAY BODY WASH

Assalammualaikum..

Siapa yang tak tahu mandian badan yang dapat membunuh 99.9% bakteria iaitu Lifebuoy. Lifebuoy ni memang terkenal dari dahulu lagi, even masa Ida kecil pun dah kenal jenama Lifebuoy ni. Kalau dulu ada beberapa sahaja variasi body wash ni tapi sekarang lebih banyak dan membantu bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif.



Kali ini Ida nak kongsikan mandian baharu dari Lifebuoy iaitu Shiso & Pink Clay
Memandangkan ia memang khas untuk detox masalah jerawat. Kalau di muka mungkin agar mudah nak cari krim untuk hilangkan masalah jerawat tetapi tidak pada badan. Agak sukar nak hilangkan masalah jerawat pada badan ini.


LIFEBUOY SHISO & PINK CLAY



Mandian ini diilhamkan dengan kebaikan semula jadi Shiso Jepun. Shiso ini dikenali dengan nama Perilla frutescens var. crispa, sejenis herba yang banyak dijumpai di pergunungan China dan India. Tapi sekarang tumbuhan herba ni sudah boleh dijumpai di seluruh dunia.



Sebut tentang clay atau tanah liat ini memang semua orang tahu, ia memang bagus untuk kulit. Pink Clay dalam mandian ini membantu membersihkan kulit dan detoks secara menyeluruh dari kuman penyebab jerawat untuk membantu kulit yang sekata. Jadi ia amat sesuai untuk jenis kulit kering dan sensitif.




Pink Clay adalah gabungan Tanah Liat Merah dan Putih yang sangat ringan. Kaya dengan mineral termasuk silika, jika Pink Clay ini dijadikan mask, ia dapat membantu memulihkan dan menambah kulit dengan kelembapan, mengeluarkan kekotoran dan mengelupas kulit dengan ringan dengan teksturnya yang sedikit kasar.

Pengalaman Ida menggunakan mandian ini?



Bagi Ida bau mandian badan Shiso& Pink Clay ini tidak berapa kuat. Ada bau macam herba sikit, mungkin bau dari daun Shiso tu tapi tetap wangi. Paling best, rasa segar selepas gunakan mandian ini. Bagi mereka yang ada masalah jerawat pada badan, boleh gunakan mandian ini. Salah satu punca masalah jerawat juga dari bakteria. Badan kita terlalu kotor atau berminyak disebabkan aktiviti seharian dan akan menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada badan. Lagipun mandian ini kan 99.9% membunuh germs so memang sesuai sangat.


Uolls boleh dapatkan mandian Lifebuoy Shiso & Pink Clay ni di mana-mana supermarket, hypermarket, drugstore berhampiran atau boleh beli secara online.

SELAMAT MENCUBA!!



Post a Comment

22 Comments

  1. Lifebuoy dah keluarkan sabun baru. Harus la terjah kat Guardian ni ha....wangi tu yang paling suka sebab kalau bau herba tu kuat sangat memang sis tak gemar.

    ReplyDelete
  2. biasa guna lifebuoy lemon, bau wangi dia kuat, nanti boleh try yang ni,

    ReplyDelete
  3. Lifeboy brand has good product. Dulu I pernah guna skali Lifeboy shower gel. But it is not suitable for my skin. So till now I x pernah guna any Lifeboy product. However, thank you for sharinh your good review with me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..yelah kadang ada sabun yg tak sesuai dgn kulit kita

      Delete
  4. waaah ada yang baru yer , nak kena test ni sebab saya kat rumah guna lifebuoy jugak. Memang berkesan untuk redkaan kegatalan kulit. Yang Shinso ni jer belum cuba

    ReplyDelete
  5. Suka dengan Lifebuoy sebab deorang ada satu bau yang bersih, susah nak explain, tapi siapa yang selalu pakai Lifebuoy mesti tahu.

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni, Lifebouy ni Suami Sis suka guna dan beli.. dia kata wangi.. nanti nak belikan dia yang ni pulak..

    ReplyDelete
  7. Body wash yg varian ni x pernah cuba. Tapi mesti bau dia wangi.. boleh cari nanti

    ReplyDelete
  8. Lifebouy ni sabun best. Ruby suka guna antibacterial punya. Pekat likat dan guna sikit je. Nanti nak try yang baru ni. Nampak best.

    ReplyDelete
  9. Ni pun antara brand yang Nell guna juga skrg.. Selain wangi, rasa selesa dengan sabun ni.. Fresh jer...

    ReplyDelete
  10. lifebuoy has always been such a staple brand i am so happy they are producing different range. i am totally in love with clay and cant wait to check it out!

    ReplyDelete
  11. Lifebuoy memang wajib untuk semua keluarga. Now they have new selection, and this is exciting! Gotta try this soon!

    ReplyDelete
  12. eh yg baru ke ni? tak pernah tengok lagi. nampak sangat lama takbeli barang dapur, hehe

    ReplyDelete
  13. Lifebuoy ini memang menjadi mandian saya setiap hari lah bestnya ada pula yang warna pink ni mesti lebih wangi dan juga lebih menarik... Nak cuba lah cari kat kedai....

    ReplyDelete