RESEPI EGG & CHEESE SANDWICH SEDAP

Assalammualaikum...

Hari ini nak kongsikan resepi mudah yang ramai orang suka iaitu sandwich. Roti sandwich macam ni memang menjadi kegemaran ramai sebabnya mudah disediakan. Sesuai untuk bawa pergi berkelah di tepi pantai mahupun hidangan petang.



RESEPI EGG & CHEESE SANDWICH

Bahan-bahan:

  • Telur rebus
  • Lada hitam brand ajinomoto
  • Lobak merah
  • Salad
  • Mayonaise
  • Butter unsalted anchor
  • Tomato
  • Kepingan cheese

CARA-CARANYA:

1. Rebus telur

2. Lepas sejuk,lecek dengan garpu.. jangan hancur sangat.. 

3. Masukkan mayonaise,lada hitam... hingga sedap 

4. Masukkan lobak merah yang dah diparut

5. Gaul sebati

6. Sapu 3keping roti dengan butter yang dah lembut (suhu bilik)

7. Roti yang dibahagian tengah,sapu butter didepan dan belakang

8. Roti,cheese,roti,telur,tomato,salad,roti (urutan)

9. Potong 4 bahagian.. pegang dekat penjuru masa potong supaya tak bergerak-gerak.. kalau x yakin.. cucuk dengan lidi setiap penjuru..

10. Potong slow-slow jangan tekan untuk dapat kekemasan yg diinginkan.

  • Saya guna roti masimo atau mighty white
  • Sedap dimakan sejuk
  • Guna tomato yg kurang masak
  • Salad hendaklah benar-benar kering sebelum digunakan
  • Salad tak boleh basuh terlalu awal,nanti tak segar..
Ok.. selamat menjamu selera 

Kredit : Noor Azlinda Mat Tajuddin

Post a Comment

0 Comments