BULAN YANG AGAK SIBUK

Assalammualaikum...

Dah beberapa hari agak susah nak stay up untuk menulis blog ni. Kadang bila dah terlalu letih, terus tidur memang tak sedar dah.



Yelah walaupun PKP...sekolah-sekolah pun ditutup. Kelas online tetap ada setiap hari. Mana nak siapkan kerja sekolah..nak tolong ajar lagi. Pastu nak kena pergi sekolah hantar kerja sekolah diorang. Pastu nak memasak lagi, kadang nak update dalam media sosial pun susah. Yelah bila badan letih sangat dari pagi sampai malam nak uruskan semuanya.

Dua hari ni baru ok sikit nak melayan drama korea. Baru habis layan drama True Beauty. Uolls ada tengok tak? Best kan..sedih jugak cerita ni. Jalan cerita dia lebih kurang macam The Heirs tapi lain sikit la. Siapa feberet uolls? Ida maybe suka Seo Jun sebab suka mata die. hahaha. Sekarang ni nak melayan drama Mr Queen plak.

Uolls mesti sama kan. Busy sangat seharian. Anak bila ada kelas dengan google meet pagi susah sikit Ida nak buat kerja sebab meja kerja ada kat dapur. Nak lalu lalang kan. Tak boleh nak bagi dia duduk dalam bilik atau ruang tamu, takut tak fokus. Macam Aqil kerja die just cikgu bagi video, pastu buat kerja. Darjah 1 kan..so takde la susah sangat. Si Asyraf la..nak kena ingat balik pelajaran masa sekolah dulu. Serius..macam kita pula yang kena belajar.

Semoga pandemik ni akan berakhir cepat. Kesian juga pada mereka yang terpaksa tutup kedai sebab takde pelanggan. Mana pekerja yang kena diberhentikan sebab syarikat muflis.

Uolls pun stay safe ye. Pelitup muka jangan lupa pakai even keluar kedai dekat sekalipun. Kang tak pasal-pasal kena saman.

Post a Comment

4 Comments