SHOPEE SALE 12.12. BELI BARANG 12 SEN. BERBALOI KE??

Assalammualaikum...

Siapa yang tak tahu medium ecommerce yang terkenal iaitu Shopee. Setiap bulan memang selalu ada sale kan. Dan hampir juga setiap hari ada je barang-barang yang ada buat sale.



So nak dijadikan cerita. Ida banyak tengok video haul baru-baru ni kat Youtube. Nak dikatakan Ida ni kaki shopping takde la jugak. Sekali sekala ada juga la barang yang nak dibelinya. Di Shopee mahupun di Lazada. Tapi sekarang banyak beli kat Shopee la.

Kebetulan masa sale 12.12 tempoh hari, banyak la sale yang ada. So Ida ada tengok video haul masa sale 11 sen masa 11.11 tu, dan kebetulan masa 12.12 pun ada sale 12 sen juga. Jadi Ida ingat kali ni nak cuba grab barang apa yang ada. Dan berbaloi ke??

Jadi barang-barang ni actually uolls boleh masukkan terus dalam cart. Cari barang apa yang nak lepas jangan lupa redeem voucher yang Shopee ada bagi.

Masa nak cari barang yang berkenan tu, hah ko berapa banyak kali la dok buka Shopee tu nak mencari. Barang-barang yang Ida beli bukan lah pelik-pelik tapi macam memang barang yang nak guna jugak la. Dan difikir logik akal agak murah harganya.

Kesemua barang yang Ida grab masa tu ada 23 barang dan semuanya FREE SHIPPING okay!..Setiap hari posmen datang nak hantar barang. Barang-barangnya bukan lah besar-besar pun. Kecil-kecil je..so janganlah korang fikir barang tu besar ye.

Berbaloi ke?

Bagi Ida agak berbaloi la sebab barang-barang die memang kecil-kecil je. Paling kurang beli kat kedai pun mungkin ada sesetengah barang dalam RM1 lebih atau ada yang lebih mahal.

Mana barang yang berbaloi??

Antara barang yang Ida rasa berbaloi ialah :



1. Phone Holder. Kalau kat kedai pun ada dalam RM5 lebih kan. Actually nak beli lagi yang jenis lain tapi taknak la membazir plak kan. Lain bulan kita grab lagi.

yang lain dah kena rembat dengan kiddos

2. Keychain. Keychain pun kalau beli ada yang RM1 lebih jugak kan. Ikut pada kualiti keychain jugak.



3. Cute gel pen. Gel pen ni kalau beli kat kedai ECO SHOP pun, ada seplastik ada 3 atau 4 RM2.10 betul tak. So Ida ada grab sebatang ni dengan harga 12 sen. Ok la kan?



4. LED light USB. Tak pasti harga kat kedai berapa, tapi bagi Ida 12 sen berbaloi la nak beli. Bukan rosak tau lampu ni.



5. Mask. Mask muka kalau kat mana-mana jual pun yang Ida selalu beli harga hampir RM1 tau. Dapat grab 12 sen sekeping ok la.

takde gambar.anak dah letak kat basikal die.hahaha


6. Bike frame protector. Kat kedai maybe dalam harga dalam bawah RM10 kot rasanya. Ida beli sekeping dengan harga 12 sen bagi Ida sangat berbaloi. Ok jugak kualiti die. 

Ada juga barang lain yang Ida beli, tapi bukan la harga 12 sen. Tapi semua Ida beli tu dapat FREE SHIPPING.

Macam mana Ida beli barang 12 sen tu dengan FREE SHIPPING??

Hah rahsianya..uolls kena gunakan SHOPEE PAY.

Die macam Ewallet la..lebih senang uolls nak checkout kalau nak membeli barang. Dah habis uolls topup je Shopee Pay tu.

Sekarang ni tak dapat dah la harga 12 sen ni. Tapi uolls boleh tunggu next year pula. Mana tahu dapat harga 1 sen pula. Hah lagi best kan.

So korang beli apa masa sale 12.12 tempoh hari?? Share la

Boleh tengok juga Ida unboxing semua barang ni kat Youtube ye

Part 1:


Part 2:






Post a Comment

20 Comments

  1. Seronoknya shopping barang 12sen je..murah sangat tu 🤩🤩 nak tunggu kalau esok ada 1sen tak..hehe

    ReplyDelete
  2. murah sangat tu 12sen. memang berbaloi2 la beli. lagi best bila dapat free shipping hehe

    ReplyDelete
  3. Seriously dapat beli barang serendah 12 cent jer? zaman kanak2 I pun takde dah barang2 harga 12 cent... paling mur mur pun 50 sen.. terbaik la Shopee ni.. Love it..

    ReplyDelete
  4. 12 sen? Berbaloi pada Rawlins apa pun barangannya. Kalau rosak selepas sebulan dua bulan pun tak terasa sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu..kalau rosak pun still okay lagi dengan harga 12sen tu..hehe

      Delete
  5. Memang berbaloi kalau shopping di shopping time sale. Lagi dapat free shipping siapa yang tak nak kan. Liez pun sempat la gran 5 brg masa sale 12.12

    ReplyDelete
  6. Wehh, serious 12 sen? Ni kalah kedai 2 ringgit ni. Saya selalu guna Shopee tapi belum pernah guna Shopee pay.

    ReplyDelete
  7. kalau harga yang sangat murah macam ni memang berbaloi. tambah2 kalau kualiti pun okay. tapi kalau rosak lepas beberapa guna pun tak kisah sangt sebab harga murah gile :)

    ReplyDelete
  8. shopee banyak betul sale dah lah memang senang nak cari barang-barang murah jimat duit

    ReplyDelete
  9. banyaknya dia shopping..tapi mmg seronokkan shopping kat shopee banyak benda berbaloi yg kita boleh beli

    ReplyDelete
  10. kalau harga barang 12sen dah beli banyak memang bebaloi sangat murah dan dapat penghantaran percuma kan hehehe kalau budak-budak sekarang bijak beli online ni and jual kat sekolah hehehehe comel-comel jugakan...

    ReplyDelete
  11. wow, these items are so cheap on shopee! cant wait to shop online now and save so much money

    ReplyDelete
  12. huda pun ada grab barang harga 12 sen hari tu, beli ikan bilis. hehe. dapat segengam kecil ikan bilis cuma 12 sen jer beli kat shopee

    ReplyDelete
  13. Kalau Sis dah kata murah dan benda tu boleh guna, beli ajeee.. berbaloi ke tak belakang kira, janji berbaloi dengan barang dan harganyua...

    ReplyDelete
  14. Kalo 12 sen memang berbaloi giler sebab mmg murah sgt2 dah tu

    ReplyDelete
  15. AM pun terjebak masa sale 12.12 tue.. byk beli sampai penuh bakul.. hehehe.. masa time promo la seronok beli n shopping online.. harga kaw kaw murah

    ReplyDelete