RESEPI KACANG DHAL GORENG PEDAS MANIS

10:40:00 PM

Assalammualaikum...

Siapa peminat kekacang kat sini? Mesti uolls pernah makan kacang dhal goreng yang pedas dan manis kan. Ada orang panggil kacang parpu. Ida selalu beli kacang dhal ni kalau balik kat Kedah. Singgah Pekan Rabu so mesti beli kacang dhal ni. Kat sini Ida jarang jumpa kacang ni.



So kebetulan hari tu nak la buat sendiri kacang dhal goreng pedas manis ni. So mencari la resepinya di google. So jumpa la resepi ni DI SINI

RESEPI KACANG DHAL GORENG PEDAS MANIS

BAHAN-BAHAN :

  • Kacang dhal rendam 2-3jam (sehingga kembang)
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 5 ulas bawang putih( tumbuk lumat)
  • 4-5 sudu serbuk cili (bancuh dgn sedikit air)
  • 2 atau lebih sudu sos cili
  • Gula merah/gula putih
  • Garam 

kacang yang telah rendam beberapa jam


*bahan-bahan ni bergantung pada berapa banyak kacang dhal yang uolls gunakan ye.

CARA-CARANYA:




1. Kacang dhal yang direndam semalaman ditoskan dan digoreng dgn minyak.Pastikan kacang terendam dalam minyak dan kawal api.

2.Goreng sampai kacang bertukar warna kekuningan dan rangup. Jangan terlalu lama ye. Nanti keras.





3. Selesai menggoreng kacang, tumiskan bawang putih dan daun kari dengan sedikit minyak.

4. Kemudian, masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai masak cili.




5. Masukkan gula, garam, sos.( Lebihkan gula, nak bagi rasa manis lebih sikit )

6. Masak sampai pekat

7. Masukkan kacang dhal dan gaul.

8. Goreng sampai kering. Ida mulanya gunakan kuali biasa lepas tu masa nak goreng sampai kering ni, Ida gunakan periuk non stick tu. Sebab taknak bagi die melekat pada periuk dan hangit.

9. Angkat dan sejukkan kacang yang dah bersalut tadi.

10. Masukkan ke dlm bekas kedap udara.

11. Boleh dimakan sebagai snack sampingan depan tv

Ida buat jadi ke??



Hahahah..macam tak jadi je warnanya sebab masa tu Ida gunakan gula perang,gula putih ada masukkan juga tapi sikit je. So warna agak gelap. Lepas tu nampak macam hangit sikit padahal tak hangit pun. Ada la beberapa butir hangit tapi sedap je.

Buat tu memang banyak. Sebekas penuh. Tapi kejap je habis. Dalam 3-4 hari dah habis. Anak-anak kata sedap je walaupun tak nampak sama macam selalu beli.hahaha

Uolls nak buat kacang dhal ni kena hati-hati. Kalau boleh dari awal masak gunakan periuk non stick supaya tak melekat dan hangit nanti ye.

SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

36 penggomen

  1. Thanks for sharing this interesting recipe on how to make spicy peanut dhal. I have never thought that we could enjoy such snacks.

    ReplyDelete
  2. Wow nampak sedap ni! Selalu yaya makan kacang dhal dalam kuah roit canai atau rempeyek je. Boleh cuba resepi ni nanti nampak sedap untuk dijadikan snek hee

    ReplyDelete
  3. sedapnya..boleh try nanti..selalu makan yang biasa punya tu beli kat mamak kacang hihi..bolehlah beli kacang dhal n buat stok kudap2 nti hihi

    ReplyDelete
  4. Yummy!!!!!!! Sedan nyer dpt makan kacang dal pedas manis. Thank you for sharing this recipe with me.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap juga ya buat kacang dal ni. Org utara panggil parpu. Boleh Bella try. Belum penah buat lagi ni.

    ReplyDelete
  6. Ooo. Now tahu kenapa adik try buat tak menjadi dan macam hangit gak. Thanks bagi tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti..maybe sebab guna gula perang..lepas tu goreng agak lama

      Delete
  7. Menarik gak resepi ni boleh buat kudapan kat rumah. Baca ni macam senang la nak buat. Hehe

    ReplyDelete
  8. I tak tahu memang setiap kali kalau pergi kedai beli kacang dhal nak nak buat goreng rangup macam ni tapi tak pernah jadi. Mungkin kena ikut resipi ni lah nampak gayanya kita suka buat kunyah-kunyah masa menonton kan best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya susah jugak nak buat..next time boleh buat lg smpai jadi

      Delete
  9. Pertama kali tau ada kacang pedas dhal..biasa kacang tanah aje.. boleh cuba ni..nampak sedap nau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak tahu jugak. lepas tu try masa g balik kedah..ssedap..

      Delete
  10. Elok jugak buat kudapan macam ni. Ada juga khasiatnye daripada junk food kan

    ReplyDelete
  11. Wahhh.. looks yummy there... My hubby sure will love it!!

    ReplyDelete
  12. Boleh la buat snack sendiri guna resipi ni.. jimat pun jimat kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang jimat. beli kacang dhal tu rm3..sebekas besar dapat

      Delete
  13. what a delicious and simple snack that is easy to prepare. thanks for sharing about this! :)

    ReplyDelete
  14. Sedapnya kacang dhak buay masakan macam ni. Nampak sedap dan ranggup heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang rangup. xleh masak lama-lama nanti die jadi keras sangat

      Delete
  15. Serious tak pernah dengar atau cuba kacang dhal goreng ni. Tapi nampak sedap dan senang untuk disediakan. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaa.. Suka makan jenis kacang yang pedas.. Buat kudapan ni memg laju ni.. Boleh try buat ni. Takdela sush mana.. Takpun meh delivery kat kita sikit. Hahaha

    ReplyDelete
  17. Sedapnyaaa..nak try buat laaa..saya suka makan kacang dal yg pedas manis macam ni..mmg kena dgn jiwa hehe

    ReplyDelete
  18. Oh ni i pun suka, selalu beli from kedai india but now mungkin can try to masak sendiri kat rumah.

    ReplyDelete
  19. Single ke? Ciannn.... contact i okay. Love u.
    017-4502767
    https://ibb.co/b70xpV3
    LinkedIn: https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107
    FB: https://m.facebook.com/profile.php?id=100000429168184
    Insta: @zuhairizani
    Twitter: @zuhairizani

    ReplyDelete
  20. Nampak sedap sebab ada pedas2 tapi rasanya nak tukar jenis kacanglah cumanya resepi ikut yang ini. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete