KRIM HERBAL BLEND UNTUK BAYI JE KE??

Assalammualaikum...

Masalah kulit kering atau ekzema, kemerah-merahan memang sinonim dengan kanak-kanak terutamanya bayi. Dah ada juga orang dewasa yang mengalami masalah macam ni.


Hari ini santai-santai Ida nak kongsikan pasal krim Herbal blend dari Shaklee ni. Kalau uolls ada perasaan memang banyak juga entry yang Ida kongsikan pasal krim ni.

Dan diboleh dikatakan juga yang krim ini menjadi permintaan ramai orang untuk selesaikan masalah kulit terutamanya ibu-ibu. Selalunya ibu-ibu yang ada masalah kulit bayi diorang yang sensitif.

Setiap kali customer wasap Ida mesti diorang akan tanya

" Krim ni panas tak?"
" Ada kesan sampingan tak?"

Okeh sini Ida nak bagitahu memang nama krim ni Herbal tapi tak semestinya ia panas. Bahan-bahan yang digunakannya memang dari herba-herba cuma ia tidak memanaskan. Berasa sejuk ada la.hehe

HERBAL BLEND ini dihasilkan daripada 4 jenis tumbuh-tumbuhan herba iaitu :


1. Daun SAGE - Pembasmi kuman

Merangsang pembaharuan sel kulit. Meningkatkan peredaran darah. Mengandungi antioksidan yang melawan radikal bebas pada kulit.

2. Horse Chesnut - Agen anti-radang 

Atau nama lain, buah berangan. Anti radang, mengurangkan bengkak dan lebam pada kulit.

3. Yarrow - Meredakan Ruam

Bersifat antiseptik dan anti-radang. Baik untuk luka terbakar alahan kulit dan bengkak.

4. Rosemary - Melegakan kesakitan

Kaya dengan Vitamin C. Mengurangkan kedutan.

Kalau macam Ida anak-anak semua dah besar. Masa kecil memang pakaikan diorang krim ni sebab diorang memang ada masalah kulit kering. Lagi satu si Aqil dulu ada panau pada kaki jadi Ida pakai krim ni konsisten. Alhamdulillah bekas panau die memang hilang.

Krim ini selalunya Ida akan bawa pergi travel. Al maklumlah bila pergi travel ni..holiday. Pergi sana sini memang kulit cepat kering..tidur dalam hotel pula tu. Memang akan sapu krim ni. Jarang Ida nak pakai losyen.

Lagi satu yang Ida suka guna krim ni sebab nak letak dekat jerawat.hahaha. Yelah kadang-kadang naik juga la jerawat seketul dua kat muka ni. So memang akan letak krim ni atas jerawat. Sebab sifatnya yang menyejukkan. Jerawat akan cepat kecut. Insyaallah. Dalam beberapa hari jerawat memang akan hilang.

Kadang kala krim ni boleh juga pakai untuk melembapkan kulit. Kalau Ida malas nak pakai moisturizer memang Ida akan gunakan krim ni. Kalau muka Ida rasa kering sangat memang akan sapu krim ni kat muka.

Kelebihan Herbal Blend Untuk Kulit:
  • Bahagian yang disapu akan berasa dingin menjadikan Herbal Blend ini sesuai digunakan oleh bayi,kanak-kanak mahupun orang dewasa.
  • Di ekstrak dari bahan semulajadi seperti sage,horse chestnut yarrow dan Rosemary.
  • Kesannya adalah optimum kerana krim tersebut mudah meresap ke dalam kulit kita.
  • Bebas daripada paraben
  • Boleh menggunakannya sebagai losyen harian kerana herbal blend ini tidak melekit.
So kalau uolls nak beli krim Herbal blend Shaklee ni boleh la wasap Ida atau boleh dapatkan dari distributor sah yang terdekat dengan uolls okay.










Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

Email : chintashoope@gmail.com
No ID: 1074293

Post a Comment

24 Comments

  1. Tentunya kalau untuk baby tak boleh krim panas kann, suam-suam panas dan bau panas takpe, sebab kulit bayo nipis sensitif.. bagus juiga krim macam ni, lagi satu dia ada daun sage basmi kuman..

    ReplyDelete
  2. kulit budak2 ni sangat sensitif.ok la boleh try krim ni kalau baby ada masalah kulit sensitif..

    ReplyDelete
  3. Krim utk kulit kering memang wajib ada. Saya selalu bawa dalam handbag. Kadang tetiba je kulit kering merekah. Stress betul.

    ReplyDelete
  4. Banyak rupanya range product shaklee ni. Ingatkan suplement aje. Buah berangan tu sedap dimakan 😋. Tapi tak tahu pula boleh mengurangkan lebam-lebam

    ReplyDelete
  5. senang la kalau ada krim ni sebab boleh guna untuk baby and moisturize kulit sendiri sekali

    ReplyDelete
  6. love this! herbal products are still the best in my opinion, since they are natural :)

    ReplyDelete
  7. Wahh Shaklee pun ada krim herbal blend ye, bagus la tengok benefit2 product ni.. Yang penting, sesuai untuk kegunaan both anak and adult.. Boleh check this out nanti..

    ReplyDelete
  8. memang guna krim herbal ini untuk keluarga. dari anak masih bayi sehingga la. ke orang tua mcm mak mentua sy.

    ReplyDelete
  9. Nampak bagus kesan dia. Anak saya pon ada ruam camni kekadang. Boleh la try nanti untuk dia.

    ReplyDelete
  10. Menarik tengok krimnya. Tengok testimoni semua memberangsangkan. Boleh la nnati fikir2 kot nak beli ke tak..

    ReplyDelete
  11. za mmg pakai herbal krim ni utk anak2 even utk diri sendiri... kalau ada gatai2 tu kena gigit dengan serangga ke apa.. mmg buh saja.. rasa lega

    ReplyDelete
  12. Wow krim herbal blend ni memang bagus untuk si kecil kan? Kalau kena gigit dengan serangga boleh lar sapu kan. :) Nak beli untuk spare juga.

    ReplyDelete