Kali ini review lagi kedai makan berhampiran dengan rumah. Kedai ni dah lama buka tapi baru sekarang berkesempatan nak cuba. Kebetulan memang nak makan dekat dengan area-area rumah je. Malas nak makan di bandar.
Kali ini cuba pula di kedai Chili's Pizza. Kedai ini simple je..hiasan pun macam ala-ala barang IKEA nampak. Susunan meja die pun tak banyak..so memang tak sempit sangat la kalau ramai orang sekali pun.
Menu makanan die??
Macam francais yang lain tu..ada pizza, ada spagetti dan sebagainya. Rupanya ada menu lain dalam tu tapi tak perasan plak masa baca menu tu.
Menu we olls malam tu semestinya pizza la. Si Aqil tiba-tiba nak makan pizza plak dia kata. Malas dah nak pergi ke bandar tu.
Dalam menu yang Ida pilih ni ada :
- 1 Pizza regular
- 2 mushroom soup
- 2 air coke
- 1 curly fries
Total set ni RM33. Ok la kan..
Total makan malam tu RM37
Overhaul bagi Ida ok la kalau nak datang makan sini if terasa anak tekak tu nak makan pizza tapi malas nak ke bandar. Rotinya lembut cuma tak kena dengan anak tekak Ida ni. Garlic bread die sedap..buat sendiri. So terasa garlic die tu. Nampak la garlic die dicincang sikit tu.
Berapa star Ida bagi kali ni??
Ida bagi 3.5 star sahaja. Mungkin kena dengan anak tekak korang..mana tahu kan. Citarasa orang lain-lain.
Lokasi
CHILI"S PIZZA KEMAMAN
BANDAR PUTRA MAK LAGAM.
(SEBELAH. BUNDLE IMAN SOPHEA)
(SEDERET MADAM QUEEEN KEMAMAN)
Follow FB
25 Comments
Ok la tu harganya murah. Budak2 xmakan banyak. Hehe. Gpon pizza mengenyangkan jugak.
ReplyDeleteyup mengenyangkan..ok la dengan harga die pizza besar tu
DeleteBetul tu harga tak mahal bolehlah pergi selalu sekala
ReplyDeletebetul tu sekali sekala nak makan boleh la datang sini.
DeleteSedapnya pizza..leh la rekmenkan pd org2 yg stay area sana
ReplyDeleteyes boleh rekemen kan utk diorang
Deleteokay sangat harga untuk set tu. union ring tu nampak sedap, dah lama tak makan hehe
ReplyDeletememang sedap onion ring tu..rangup
DeleteNie yang buat Rawlins cam nak makan piza plak. Perhaps untuk lunch esok boleh order piza la
ReplyDeletehahah..sila2 beli dan makan
DeleteWaaa bestnya dekat dengan rumah. Kalau Sis bahaya ni, ada jadi tempat melepak aje kejenya dan makan-makan. Pizza dia nampak sedap sangat...
ReplyDeletehahah..kerja nak makan luar je kan
DeleteSepatutnya ada kenduri kat Kemaman nanti tapi nampak gayanya macam tak jadi jer.. Tapi takpe.. Mark dalam maps dulu siap2.. Hehehe..
ReplyDeletehaha..save siap2
DeletePizza stail mcm ni lg nikmat kan. Sedapnya tengok pepperoni tu. RM 40 kebawah dah ok sangat set gitu. Nyummy!
ReplyDeleteyup ok la harga die set macam tu.
DeleteMmg standard lah kalau set regular pizza harga gitu tp pizza dia nampak meriah sikit ya. Cheese dia mewah betul. Rasa teringin pulak nak singgah
ReplyDeleteyup cheese die mewah.ok la set regular macam ni.
Deletenampak yummy pizza tu :)
ReplyDeleteyummy sangat..boleh la cuba nanti
DeleteBestnya lamaa tak makan pizza rindu lah hehehehe best lah tengok semua menyelerakan harga pun berpatutan tapi kat Kl tak ada cawangan ker hehehehe...
ReplyDeleteThe pizza is like loaded with cheese, looks so yummy. I like their curly fries too.
ReplyDeleteBagi LH mahal juga tu harga tu untuk tu aje menunya. Tapi curly fries tu memang LH suka 😋
ReplyDeleteSedapnya tengok pizza tu.. Nasib haritu baru order pizzahut.. Hehhe. Murah juga harga dia ye..
ReplyDeletetak pernah lagi cuba chilis pizza.. nampak macam menarik tu untuk dicuba.
ReplyDelete