Pengambilan sarapan pagi amat penting sebenarnya dalam diet pemakanan kita seharian. Jika nak dapatkan bentuk badan yang sihat, sarapan pagi cuba jangan elakkan. Tapi sarapan pagi kadang kala agak susah diambil terutamanya anak-anak.
Ada anak-anak yang kalau sarapan pagi takde masalah. Makan je. Ada pula anak-anak yang agak liat nak sarapan awal pagi. Selalunya akan sarapan agak lewat dalam pukul9 atau 10 pagi begitu.
Hari ini Ida saja nak kongsikan resepi roti sandwich untuk anak-anak yang sangat mudah disediakan. Sebenarnya entry ni sudah lama nak post kebetulan Aqil ada tugasan untuk buat sarapan pagi semasa PKP dulu. Tapi baru sekarang baru teringat nak post.haha
RESEPI ROTI SANDWICH MUDAH UNTUK ANAK-ANAK
- 2 biji telur atau lebih
- Mayonise
- Salad
- Tomato
- Lada hitam kisar
- Sos cili
1. Goreng telur hancur. Sebelum tu pecahkan dulu telur dalam mangkuk dan kacaukannya.
2. Letakkan sedikit lada hitam dalam telur.
3. Sapukan mayonise pada roti.
4. Letakkan telur yang telah digoreng tadi.
5. Letakkan daun salad dan tomato. Terpulang kalau anak suka atau tidak tomato. Macam Aqil lebih suka salad je dengan telur.
6. Letakkan sedikit sos cili.
Resepi ni memang mudah je sebenarnya. Dan ramai ibu-ibu sebenarnya sudah tahu kan cara nak buat roti sandwich ni. Saja je Ida nak kongsikan resepi ni mana tahu mungkin ada ibu-ibu atau orang bujang yang tak tahu memasak nak cuba resepi simple ni kan.hehe
SELAMAT MENCUBA!
2 Comments
sedap ni!
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^cc
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
segera di add Whatshapp : +855969190856