Ida baru balik bercuti dari suatu tempat yang agak viral ni. Mungkin ramai yang tahu dan terpesona dengan keindahan bercuti di suasana semulajadi. Tapi hati-hati jugak yang supaya jangan tersalah pilih untuk booking percutian dengan agent,takut tertipu tentang harganya.
daftar masuk kat sini sebelah office guard
Nak ke sini paling dekat better ikut Bentong. Jangan ikut Lanchang ye..serius jauh rasa. Ikut jalan kampung pulak tu. Jalan nak ke sini jauh jugak..ikut jalan kampung. Jangan risau..tak jauh sangat pun nak ke bandar Raub.
pemandangan dari balkoni bilik
Pemandangan kat sini cantik..serius. Siapa yang nak lari dari kesibukan bandar..nak rehat santai-santai. Sesuai kat sini cuma susahnya nak cari tempat makan kat sekitar hotel ni. Ada je kedai makan berdekatan tapi tak banyak pilihan. Kalau rajin boleh ke bandar Raub cari makan. Kawasan hotel ni di belakang perumahan cina.
Kat sini ada cafe tapi tak buka lagi. Kemudahan kat sini bagi Ida tak berapa sangat. Mungkin sebab Covid-19 jadi pengurusan tak berapa terurus. Nasib baik ada jugak swimming pool, sauna dan jakuzzi. Tapi jakuzzi die tak panas pun air nya.hehe. Tunggu punya tunggu sama je. Masuk sauna jelah sekejap. Nak naik ke bilik atau ke bawah ada sediakan jeep atau buggy orang panggil. Kalau rajin atau kaki kuat boleh jalan je. Serius tinggi bukitnya. Ida berjalan nak sampai atas penat rasa. Separuh je naik..kira ok la nampak trademark Laman Pesona dari bawah pondok hentian sebelah jalan tu.
jakuzzi dan sauna pada hari ke2 baru dapat try.
ada boat kat sini tapi tak pasti beroperasi atau tak
Tak banyak aktiviti kat sini. Setakat nak berjogging naik bukit sini, ok sangat. Memang lenguh kaki even berjalan pun. Macam Ida cakap, kalau nak santai-santai. Memang untuk berehat..nak suasana tenang je memang sesuai. Kalau nak adventure sikit, Ida lebih suggest uolls pergi Janda Baik. Kalau dari sini nak ke Air Terjun Lembik dalam 30 minit.
>>percutian di Janda Baik boleh klik sini
dewan event/majlis dan tempat karaoke
pemandangan dari atas bangunan dewan
basikal untuk disewa.
Ada basikalnya tapi nampak dah lama
kafe tak dibuka tapi kalau nak buat BBQ boleh kat sini.
Ada caj tambahan
Bilik yang kami stay ni standard room ye. Agak sempit sikit jadi tak sesuai kalau untuk family lebih dari 4 orang sebenarnya. Melainkan anak-anak uolls memang still kecil boleh la. Kalau family besar better ambil bilik lain jenis deluxe atau lain-lain.
gambar bilik kami yang staff tu bagi
pasu ni macam trademark diorang di setiap lorong.
Pintu masuk ke sini pun ada pasu besar ni
Bagi Ida percutian di sini ok la nak santai-santai. Kalau nak adventure better holiday tempat lain. Cuma kat sini memang rasa tenang dan nyaman je. Bangun tidur pun sejuk je tengok pemandangan. Berkabus lagi. Nak ke sini better jangan pergi macam musim hujan panas macam sekarang. Bila hujan.jalan bukit agak licin so memang kena hati-hati.
p/s: Rancang percutian anda dengan baik okay. Bagi Ida tempat ni kalau untuk tenangkan fikiran boleh bagi 4 star..kalau adventure bagi 3 star sahaja.
40 Comments
Menarik ni!
ReplyDeleteyup..tapi tak banyak aktiviti boleh buat sini.
Deletecantik and puas hati.. klu mcm ni,bayar mahal pun tak kesah kan
ReplyDeleteyes..kalau santai2 berbaloi la
Deleteview sangat cantik..betul tu kalau yang suka santai2..duk dalam bilik oklah..suasana pun tenteram jer
ReplyDeleteye betul tu
DeletePermandangan sangat cantik jika ingin menenangkan fikiran dan jiwa kita. hehe. Musim PKPP kena memilih kawasan yang Green Zone hehe
ReplyDeletebetul tu. musim pkp ni memang kena pandai jaga jarak
DeleteBeautiful resort for a vacation. So green and serene. Good for those who wants green vacation.
ReplyDeletebtul tu..siapa nk stay bercuti dlm suasana tenang boleh la stay sini
DeleteCantik betul tempat ni ye, jealous betul dengan yang dapat pergi ke Janda Baik.
ReplyDeletejanda baik pun best. lebih banyak aktivit kt sana
DeleteUih tempay baru ni. Tak pernah sampai sini lagi, maybe boleh masuk list nak ajak family nanti.
ReplyDeleteye boleh la masuk list kalau suka brcuti santai2
Deletekadang tengok kesian jugak dengan pemilik2 resort dan penginapan sebab mereka antara yang terjejas teruk sejak covid 19 tular dan kena PKP. harap dengan review niowner akan kembali semangat promosikan tempat dan ramai rakyat malaysia boleh datang menginap disni untuk bercuti
ReplyDeletebtul tu. ksian kt owner2 hotel sbb trjejas xde pelanggan.
DeleteCantik juga tempat dia. Tenang je tengok. Bolehla try sini nanti
ReplyDeleteye betul..memang tenag sini
Deletebanyak ya tempat cantik2 dekat Pahang. nak kena teroka lagi lah area Pahang macam nie. haritu baru balik bercuti dekat Janda Baik
ReplyDeletewah best kan g janda baik. nak repeat jgk nk ke sana lagi. nanti boleh la zharif try sini plak
DeleteSuka suasana macam ni, nyaman tenang dan terpencil.. takde riuh sangat dengan kesesakan bandar kan... one day nak cuba stay sini...
ReplyDeleteye betul tu. jauh dari kesesakan bandar
DeleteCanteknya tempat ni. Suka tengok. Kalau ke Pahang bolehlah menginap di sini
ReplyDeletebetul. cantik kat sini
DeleteWah best nyer siap ada jacuzzi open air macam tu memang relax and boleh enjoy pemandangan.
ReplyDeleteyes,, best relax2 kat sini
Deletebest ya stay kat LAMAN PESONA RESORT & SPA PAHANG. It's time to cuti cuti Malaysia kat there
ReplyDeletemesti try skali stay bercuti disni
DeleteIni kalau memang bercuti nak duduk sahaja memang best. Aman je tengok. Kalau nak beraktiviti macam bosan sikit. Tapi saya suka tempat macam ni. Boleh santai, tenangkan fikiran. Hehe.
ReplyDeletebetul tu..kalau suka buat mcm2 aktiviti better ke janda baik
Deletewah cantiknya laman pesona resort & spa ni. nanti ada masa boleh la bawa familly ke sini
ReplyDeletememang cantik pemandangan sini. ssuai kalau nk bercuti santai2
DeleteWow cantik dan menarik tempat ni tak pernah tahu pun kat Pahang ada macam ni hehehe ok lah boleh pergi next trip hehehe tempat tenang dan nampak sejuk jer wakakakaka...
ReplyDeleteyes sejuk sini..mlm mesti tutp aircond, psang kipas je
Deletetenangnya tengok tempat ni.. tak pernah dengar lagi resort ni.. nice sharing!
ReplyDeletekita pun boleh thu resort ni..rmai dh review dlu
Deletetempat cantik dah. tenang je tgk. memang sesuai untuk datang tenangkan fikiran je la. kalau family ramai2 nak buat aktiviti macm tak sesusai la kan?
ReplyDeleteyup kalau family rmai xbrape ok la. maybe boleh ambil bilik yg lain tapi mahal sikit la. klau nak buat family day maybe janda baik lebih sesuai
Deletewah cantiklah, architecture pun lawa-lawa. Semoga suatu hari dapat pegi sana dan bolehlah jadikan tempat ni sebagai pilihan
ReplyDeleteyup memang cantik kat sini kalau nak rasai pemandangan alam semulajdi
Delete