Assalammualaikum...
Ida baru balik bercuti dari suatu tempat yang agak viral ni. Mungkin ramai yang tahu dan terpesona dengan keindahan bercuti di suasana semulajadi. Tapi hati-hati jugak yang supaya jangan tersalah pilih untuk booking percutian dengan agent,takut tertipu tentang harganya.
Tawaran yang diberikan dari agent tu hanya RM83 sahaja tapi bila telefon tempat itu sendiri ternyata salah. Tapi memang dapat tawaran untuk 2 hari tu sebanyak RM120 untuk sehari. Harga asal RM200++. So kami ambil 2 hari bercuti di sana.
daftar masuk kat sini sebelah office guard
Nak ke sini paling dekat better ikut Bentong. Jangan ikut Lanchang ye..serius jauh rasa. Ikut jalan kampung pulak tu. Jalan nak ke sini jauh jugak..ikut jalan kampung. Jangan risau..tak jauh sangat pun nak ke bandar Raub.
pemandangan dari balkoni bilik
Pemandangan kat sini cantik..serius. Siapa yang nak lari dari kesibukan bandar..nak rehat santai-santai. Sesuai kat sini cuma susahnya nak cari tempat makan kat sekitar hotel ni. Ada je kedai makan berdekatan tapi tak banyak pilihan. Kalau rajin boleh ke bandar Raub cari makan. Kawasan hotel ni di belakang perumahan cina.
Kat sini ada cafe tapi tak buka lagi. Kemudahan kat sini bagi Ida tak berapa sangat. Mungkin sebab Covid-19 jadi pengurusan tak berapa terurus. Nasib baik ada jugak swimming pool, sauna dan jakuzzi. Tapi jakuzzi die tak panas pun air nya.hehe. Tunggu punya tunggu sama je. Masuk sauna jelah sekejap. Nak naik ke bilik atau ke bawah ada sediakan jeep atau buggy orang panggil. Kalau rajin atau kaki kuat boleh jalan je. Serius tinggi bukitnya. Ida berjalan nak sampai atas penat rasa. Separuh je naik..kira ok la nampak trademark Laman Pesona dari bawah pondok hentian sebelah jalan tu.
jakuzzi dan sauna pada hari ke2 baru dapat try.
ada boat kat sini tapi tak pasti beroperasi atau tak
Tak banyak aktiviti kat sini. Setakat nak berjogging naik bukit sini, ok sangat. Memang lenguh kaki even berjalan pun. Macam Ida cakap, kalau nak santai-santai. Memang untuk berehat..nak suasana tenang je memang sesuai. Kalau nak adventure sikit, Ida lebih suggest uolls pergi Janda Baik. Kalau dari sini nak ke Air Terjun Lembik dalam 30 minit.
>>percutian di Janda Baik boleh klik sini
dewan event/majlis dan tempat karaoke
pemandangan dari atas bangunan dewan
basikal untuk disewa.
Ada basikalnya tapi nampak dah lama
kafe tak dibuka tapi kalau nak buat BBQ boleh kat sini.
Ada caj tambahan
Bilik yang kami stay ni standard room ye. Agak sempit sikit jadi tak sesuai kalau untuk family lebih dari 4 orang sebenarnya. Melainkan anak-anak uolls memang still kecil boleh la. Kalau family besar better ambil bilik lain jenis deluxe atau lain-lain.
gambar bilik kami yang staff tu bagi
pasu ni macam trademark diorang di setiap lorong.
Pintu masuk ke sini pun ada pasu besar ni
Bagi Ida percutian di sini ok la nak santai-santai. Kalau nak adventure better holiday tempat lain. Cuma kat sini memang rasa tenang dan nyaman je. Bangun tidur pun sejuk je tengok pemandangan. Berkabus lagi. Nak ke sini better jangan pergi macam musim hujan panas macam sekarang. Bila hujan.jalan bukit agak licin so memang kena hati-hati.
p/s: Rancang percutian anda dengan baik okay. Bagi Ida tempat ni kalau untuk tenangkan fikiran boleh bagi 4 star..kalau adventure bagi 3 star sahaja.