REVIEW: ARENA BOUTIQUE HOTEL KUALA TERENGGANU

Assalammualaikum...

Sekarang ni sudah dibolehlah untuk merentas negeri tapi SOP kena tetap dijaga. Jadinya ramai la orang yang mula bercuti ke sana ke sini. Baru-baru ini Ida short trip ke Kuala Terengganu. First time keluar berjalan tapi masih dalam negeri Terengganu lagi. hehe. Belum lepas negeri lain lagi. Di sebabkan anak-anak jugak akan mula bersekolah jadi boleh la trip di tempat terdekat je.



Masa ke Kuala Terengganu, Ida check in dalam hotel dalam bandar. Sebelum tu memang dah survey dalam google. Kebetulan memang banyak hotel yang ada so ambil rawak je. Nasib baik hotel nya ok cuma hotel ni tepi jalan tapi it's ok sebab diorang ada sediakan parking belakang hotel.




ARENA Boutique Hotel terletak di Kuala Terengganu, dalam jarak 5 km dari Muzium Negeri Terengganu. Ia menawarkan penginapan dengan lounge berkongsi, kemudahan parking peribadi percuma dan taman. Sauna dan perkhidmatan sewaan basikal disediakan untuk tetamu. Penginapan ini menyediakan kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang, mesin ATM dan WiFi percuma.



Bilik-bilik tamu di hotel ini dilengkapi dengan TV skrin rata. Semua bilik di ARENA Boutique Hotel Kuala Terengganu mempunyai penyaman udara dan meja.

Tempat penginapan ini terletak 1.7 km dari Chinatown dan 6 km dari Masjid Kristal. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang berjarak 14 km dari ARENA Boutique Hotel Kuala Terengganu.

kredit: Booking.com

Bagi Ida hotel ni nampak macam kecil je dari luar. Tapi dalamnya memang luas. Kebetulan Ida ambil bilik katil premium king. Harga still bawah RM100. Ok la untuk duduk sehari je. Bukan nak stay lama. Biliknya memang luas. Siap ada pintu kecil untuk keluar ke balkoni.



bilik air sebelah kiri TV




abaikan barang yang dah bersepah tu

Bilik air hotel ni pun sangat selesa dan luas. Peti ais kecil pun ada. Paling menarik cermin dalam tandas die. Ada lampu beb. Jakun kejap.hahaha



Hotel ini berhadapan dengan Bank Islam. Dekat dengan kedai-kedai dan paling penting dekat dengan Pasar Payang. Itu kan tarikan utama orang nak ke Kuala Terengganu kan.

Kalau perasan gambar kat atas. Sebelah TV tu nampak macam dinding biasa kan. Sebenarnya itu pintu untuk ke balkoni. Menarik kan. Macam pintu rahsia gitu. Mula tak perasan jugak apa benda la ada kunci kat situ. Pas tolak baru tahu itu pintu luar.hehe


pemandangan dari balkoni


So siapa yang nak ke Kuala Terengganu. Boleh stay kat hotel ni. Ida rekemen terbaik sebab biliknya luas. Selesa kalau keluarga besar sekalipun nak stay sini.


#staysafe

Post a Comment

33 Comments

  1. Part cermin dalan tandaa ada lampu tu menarik sebab sebelum ni tak pernah jumpa lagi kat hotel mana2 cermin berlampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..even hotel mewah pun rasanya belum tentu ada. tu jadi cm jakun kejap.hehe

      Delete
  2. Dah macam trend ek cermin bilik air ada lampu now. Nampak menarik plak. Bilik nie nampak lengkap la untuk musafir kan. Dalam bandar plak tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...menarik sangat. yup betul. selesa. peti ais pun ada

      Delete
  3. Kak dah lama sangat tak pergi Terengganu. Ntah bila la dapat g sebab jauh sangat haha tapi nak gak la g sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ida yg dekat ni pun tak sllu ke kuala terengganu

      Delete
  4. Terengganu saya dah plan nak pergi bulan Oktober nanti dengan kawan-kawan .. harap-harap dapat pergi tempat-tempat best jugak boleh wishlistkan hotel ni untuk stay nanti. tq info

    ReplyDelete
  5. Suka gila terengganu. Cantik sana. Makanan ganu semua suka. Menarik la hotel ni.Dekat dengan bandar, senang. Hotel nampak mewah. Nanti akan ke sana. Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..hotel ni dekat dgn kemudahan. berbaloi stay sini

      Delete
  6. Menarik jugak ni. Plan akan datang nk holiday lg ke sana. Strategik lokasi hotel ni dekat dengan semua tempat ena nak pergi

    ReplyDelete
  7. Memang menarik deko kat hotel arena nie.. Dahla dkt dgn kemudahan kawasan sekitar.. Nanti singgah Terengganu nak check in juga la..

    ReplyDelete
  8. Rindunya nak stay hotel lepas PKP ni haa... hehehehe... sekarang ni saya belum lagi keluar negeri. Nama hotel ni unik la... Arena Boutique... Kalau ada rezeki ke Terengannu sekali lagi, mungkin boleh la pilih hotel ni.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dah p jalan2 terengganu dah dia! berbaloi lah harga mcm tu untuk bilik selesa camtu! Tmpt pun nampak selamat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..berbaloi. bilik selesa sangat.anak2 siap berlari lagi

      Delete
  10. Tak pernah bercuti ke Terengganu lagi.. Bestnya.. Dapat duduk hotel walaupun sekejap.. Hotel pun nanpak luas

    ReplyDelete
  11. sgt berbaloi dgn kemudahan yg disediakan. kalau gi ganu biasa dok d umah akak kat dungun tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah adik ipar pun ada kat dungun. saja check sini nak dekat sikit dgn bandar

      Delete
  12. Luas juga bilik dia ..kalau bercuti dengan family ke terengganu nanti boleh la pergi sini :)

    ReplyDelete
  13. Nampak luas biliknya tu... Boleh masuk dalam wishlist ni... Cool ye cermin berlampu tu, nampak menarik sebab berbeza dengan tempat lain... Tak sabar nak bercuti hujung bulan ni... Tapi tu lah, masih takut-takut... Hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..nampak cool je..sama la taku2 jugak. tu yg suruh anak2 pkai mask

      Delete
  14. Next time ke Terengganu boleh book sini, nampak selesa, bilik pun luas. Lagi-lagi dengan deco modern. Lagi rasa best nak menetap.

    ReplyDelete
  15. skarang banyak kan hotel buat konsep butik ni..
    cantik n cool kadang2 tu tengok deco diorng..

    ReplyDelete
  16. Kira murah tu kalau bawah seratus dengan kemudahan macam tu...

    ReplyDelete