RESEPI BISKUT RED PEARL CORNFLAKES

Assalammualaikum...

Lagi dalam 1 minggu lebih kita akan beraya. Raya PKP. hehehe. Raya dirumah sahaja, tak boleh pulang ke kampung. Kalau kampung dekat boleh la balik. Tahun ni Ida ada buat 3 jenis biskut raya. So di sini Ida kongsikan salah satu resepinya dahulu okay.




RESEPI BISKUT RED PEARL CORNFLAKES


Bahan-bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 2 cawan cornflakes (hancurkan kasar)
  • 1 cawan coklat chip (dlm resepi asal takde, ida tambah sendiri)
  • 200g buttercup
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
Hiasan:
Ceri dadu

Cara-caranya:

1. Pukul gula+ butter selama 5minit
2. Masukkan telur
3. Masukkan bahan2 lain dan gaul sebati
4. Bulat2kan. Jangan terlalu besar sebab biskut ni akan kembang. Letak ceri kat atas
5. Bakar 170c selama 20-25minit @ikut oven masing2.

SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

2 Comments

  1. next nak buat.. tapi nk beli choc chips jenuh brator kat kedai bakeri.
    rasanya nanti nak ganti dengan kurma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe..beratur kemain panjang. ni kbtulan mntk tolong kak ipar belikan sbb die mmg dok buat biskut menjual

      Delete