Raya tahun ni kali pertamanya Ida cuba buat Biskut Famous Amos ni. Uolls pun tahu kan, biskut ni resepi orang lain-lain. Ada keras..ada lembut. Alhamdulillah resepi yang Ida dapat di dalam facebook memang terbaik. Sangat lembut dan rasa crunchy dia. Anak-anak siap suruh buat lagi. Allah insyaallah la kalau rajin.hehehe
Dulu takut nak buat biskut ni sebabnya kalau salah adunan memang biskut ni jadi kembang semangkuk la. So memang makan kat rumah orang je. Jom Ida kongsikan resepi biskut Famous Amos ni, so uolls boleh cuba nanti. Tak perlu nak tunggu time raya pun boleh makan.
RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS YANG RANGUP DAN LEMBUT
Bahan A (kacau sampai kembang)
- 250g mentega
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1 1/4 cawan gula perang
Bahan B
- 2 1/2 cawan tepung
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- 2 cawan coklat chip
- extra Ida letak badam flakes nak ada rasa kekacang sikit
Cara-caranya:
1. Selepas uolls dan uli semua adunan tu wrap bekas adunan tu dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
2. Bila dah siap sejukkan adunan tu boleh la uolls mula bentukkan adunan. Guna sudu pun boleh..tangan pun boleh. Alert! Pastikan uolls buat bentuk jangan terlalu besar sebabnya nanti biskut ni akan kembang.
3. Bakar adunan tu selama 20 minit 150'C (ikut oven masing-masing).
4. Sejukkan biskut dah siap tu sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!
41 Comments
Senang, mudah dan sedap. Saya suka cookies ni. Anak-anak pun sama. Tak banyak pun sekali buat. 2 kali keluar oven dah penuh satu bekas kecil. Resepi ni nampak simple je. Boleh la nak cuba
ReplyDeleteye boleh la cuba nanti
Deleteseronok la anak2 dapat rasa hari2 biskut famous amos ni. Sedappp tu. Nanti abam nak cuba la resipi ni. Sedap buat kunyah2 . nk tunggu raya lambat lagi
ReplyDeletememang sedap buat kunyah2..takkan nak tunggu raya je boleh makan kan
Deleteawok buat kita terliur. heheh. biskut ap yang hampir sama ye dengan famous amous ni. teringin pulak nak mengunyah.
ReplyDeletehehehe..cubalah buat nanti
Deletedi hari raya... terkenang daku kpd si dia...
ReplyDeletehi hi hi hi baca ni, mcm nak raya plak, ida :)
ari tu, aida ada satu resepi biskut ni, konon nak buat time Ramadhan.
tapi x buat. Ramadhan ari tu kan final exam for final semester.
maybe nanti, lepas upsr, weekend, nak buat dgn anak-anak.
sesuai di makan bila-bila masa kan :)
takpe nanti boleh la buat dgn anak2
Deleteboleh try nanti buat sendiri dengan resepi ida share ne
ReplyDeletesure cubalah nanti buat
DeleteTak pernah bakar kek mahupun biskut. Pandai makan aja. Hehe. Resepi memang banyak, harap-harap dapat resepi yang simple dan sedap memang akan folo terus. Teringin pulak nak makan Famous Amos. Hehe.
ReplyDeletehahaha..tak pe mana tahu nanti akan datang terajin nak buat sendiri
DeleteOhh ini rahsia nak buat biskut Famous Amous yang viral dan sedap jual mahal tu hehehe rupanya mudah jer yer kalau tahu cara dan resipiny kita akan cuba nak buat untuk kuih raya tahun depan thank you share resipi ni...
ReplyDeletememang mudah sangat. rajin ke tidak je..hehe
DeleteBiasanya Mai buat biskut choc chip je. Ok.. raya nanti boleh cuba resepi ni heee. Biskut macam ni memang jadi kegemaran. Makan cicah dengan susu.. nyumm sedap!
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
resepi die lebih kurang je..tapi rasanya coklat chip lagi kasar sikit adunan die
DeleteBaca tajuk entry pun dah ngences ayaq liur ni. Tap tap tap 😋
ReplyDeleteRuby tak pernah buat. Tapi suka beli beli ke Mydin. Ada kedai/kiosk dia kat situ.
Nengok awak buat, nampak mudah pula.
Bukan anak²/budak² je suka ni. Mak budak macam ku pun sukaaa. Heee 🤣
Tq share resepi.
yup mudah..welcome dear
DeleteSedapnye biskut nie..mmg peberet nad nie..nk cuba buat la nnt..trima kash resepinya..
ReplyDeleteye..cubalah nanti
DeleteSuatu masa dulu, Rawlins rajin baking sebab baru beli oven. Now dah tak dapat cari masa nak bake (alasan je tu). Suka tengok orang lain bake je. Rawlins tukang rasa je
ReplyDeletehahaha...sebenarnya rajin ke tidak je kalau nk membaking ni..kena ada mood kesabaran tu
DeleteI like Famous Amos cookies so much, will buy some every time pass by the store… gonna try your recipe, thanks for sharing
ReplyDeletei pun suka beli kat store die. tapi sekali sekala je beli
DeleteKita sebelum kawin dengan husbnd, jarang la makan biskut famos amos ni, lepas kawin, baru tau pasl biskut ni..lepas tu tengok orang mula buat..tapi kita tau makan je..ehehe..buat tak reti
ReplyDeletekite pun baru belajar sendiri buat
DeleteYang bestnya bahan yg digunakan takdelah banyak sangat. Senang nak cari pulak tu. Ingat lps ni nak cubalah
ReplyDeletememang bahan die tak banyk sgt pun
Deleteooo famos amos my favourite ni...thanks for the recipe...nanti i try buat!!
ReplyDeleteyeay..cubala nanti buat sendiri
Deleteuisshhh tetiba rasa lanya tak buat cookies.. padahal kerap buat cookies utk jual.. tapi memang resepi ni sedap.. nak sedap tukar jenis kacang dan guna coklat yang mahal sikit
ReplyDeletehehe..cubalah
DeleteTerima kasih untuk resepi ni. saya tak pandai nak buat, tapi saya suka tengok resepi je.. nanti saya share pada kawan-kawan
ReplyDeletesure..share la
DeleteHari tu masa bulan Ramadhan saya ada buat biskut ni. Senang je. Tak payah nk beli dh dkt kedai, buat sendiri je. Haha. Terima kasih kongsi resepi.
ReplyDeletekan..senang nak buat.
DeleteKalau dapat biskut ni confirm untuk saya sorang je :) tak nak kongsi dengan orang lain haha..
ReplyDeletehahaha..dapat ke anak sebalang nk cuba makan habiskan..huhu
DeleteNak buat biskut ni mudah je kan.. Dulu masa 1st buat jadi lain rupa. Hahaha.. Try lagi skli ehh senang rupanya.. Biskut ni budak2 mmg suka sbb choc..hehe
ReplyDeleteye betul..budk2 suka sgt
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
Jom follow blog saya iya seo dan
saya sudah follow blog anda #770
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya