RESEPI POPIA SAYUR BERSAMA ISI KETAM

Assalammualaikum...

Alhamdulillah hujan lebat beberapa hari ini. Pagi subuh tadi pun hujan turun. Semoga wabak covid-19 ini juga akan hilang dengan segera. Aamiin.

Musim PKP ni ramai benar yang kongsikan resepi menarik termasuk jugak la minuman viral. Dalgona apa ntah..hehehe. Nasib la i ni tak terjebak sangat dengan viral-viral ni.




Semalam kebetulan ada beli kulit popia untuk buat stok makan petang. Al maklumlah bila dok rumah ni, ada je benda nak kena makan. Kejap-kejap lapar, jangan lepas habis PKP ni berat naik pulak. Ah sudah...

Resepi ni dulu Ida dah pernah kongsikan dalam blog, tapi tak pelah kita kongsikan lagi ye.

RESEPI POPIA SAYUR BERSAMA KETAM


Bahan-bahan ( 50 keping ):

- isi ketam
- lobak merah dalam 2 biji
- timun sebiji
- telur hancur ( 4biji )
- sedikit lada sulah
- sedikit serbuk black pepper
- sedikit garam
- sedikit gula

CARA-CARANYA:

1. Potong halus semua bahan seperti isi ketam, lobak merah dan timun. Basuh dan tapiskan.

2. Panaskan kuali, letak sedikit minyak untuk goreng telur hancur. 

3. Selepas dah masak telur tu, masukkan bahan-bahan lain. Goreng sehingga masak dan lembut.

4. Masukkan garam, gula, black pepper dan lada sulah.

5. Rasa sedikit jika rasa tu menepati citarasa uolls.

6. Dah siap, sejukkan sebentar sebelum uolls wrap buat popia.


Inti yang Ida buat semalam tak cukup, so yang lebih tu Ida wrap buat dengan isi ketam sahaja. Pun sedap!



Dah siap wrap semua, boleh la uolls goreng dan makan. Yang lebih tu Ida masukkan dalam plastik ziplock IKEA dan bekukan dalam peti ais. Lain hari nak makan boleh keluarkan dan terus goreng.


SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

14 Comments

  1. kebetulan.kejap lagi ummi nak buat popia ;)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak buat popia...boleh la masuk dalam list menu PKP nanti..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya popia. ada syur ada cik ketam..nyum nyum

    ReplyDelete
  4. Mcm best inti tu... selalu buat inti lain... Nanti nak juga la try buat resepi ni.. tq sharing

    ReplyDelete
  5. Haah kan. Tak terfikir nak buat frozen. Nanti tak payah nak buat dari scratch lagi kan.

    ReplyDelete