KEMBALI BERMAIN BOLA JARING SETELAH BERPULUH TAHUN BERHENTI

Assalammualaikum...

Kita ni bila dari dulu aktif sukan bila dah tak bersukan nak mulakan balik bukan senang sebenarnya. Dah hampir 10 tahun lebih tak main woo..

Ida boleh dikatakan agak aktif jugak bersukan masa sekolah dulu. Bola jaring, badminton, ping pong, bola tampar, memang suka main. Tapi Ida lebih fokus pada bola jaring. Memang dari sekolah rendah main walaupun sebagai pemain simpanan. Sampai sekolah menengah jugak main. Dah masuk tingkatan 4 dan 5 baru la berpeluang main sebagai pemain kekal dalam kumpulan. Masa tingkatan 5 la paling aktif dan dijadikan sebagai ketua bola jaring sekolah.


godek gambar-gambar lama

Kami juga pernah berlawan sehingga ke peringkat daerah, walaupun kalah tak sampai ke peringkat negeri tapi puas hati dapat main dan itu sebenarnya menjadi kenangan pada waktu sekolah dan masih kekal ingat sampai ke hari ini.

Tahun ni kaum ibu-ibu dalam taman ada cadangkan untuk bermain bola jaring. So ada seorang ibu yang membantu sponsor beli tiang bola jaring. Seorang jiran lagi beli bola jaring dan bib. Wah...semangat rasanya boleh nak main lagi.

Ida dan seorang jiran tu pun mula ukur padang dan cat dengan minyak hitam sahaja untuk padang bola jaring. Walaupun skala tak sama tapi masih ok la sebab nak mula bersenam, keluarkan peluh dan bakor lelamaks ibu-ibu yang dah lama tak bersenam ni.hehehe

Alhamdulillah hujung minggu baru-baru ni baru berpeluang nak bermain walaupun tak cukup bermain. Itu pun dah banyak keluar peluh sampai sakit kaki dan badan. Macam Ida tak de la sakit sangat sebab kat rumah pun memang ada buat senaman ringan. Ikut dalam aplikasi Play Store.




Main dengan budak sekolah kot, stamina diorang pun boleh tahan nasib kami kaum-kaum ibu ni boleh catch up. hehehe. Serius seronok dapat bermain bola jaring balik..rasa segar badan.

So next game, next week plak...time sekolah susah sikit nak bermain, sibuk dengan kerja dan anak-anak. Hujung minggu la yang free selalunya bagi ibu-ibu yang berkerjaya ni.

Post a Comment

2 Comments