BUKU-BUKU MENARIK UNTUK SI ULAT BUKU

Assalammualaikum...

Hari ini Ida nak kongsikan sedikit beberapa buah buku hasil karya seorang sahabat Ida ketika melakukan umrah dulu. Akak ni dah pernah ke Tanah suci sebelum ni, dan pada masa tu beliau dan suaminya kembali lagi melakukan umrah dan kebetulan satu kumpulan dengan Ida.





Alhamdulillah perhubungan kami masih kekal sampai ke hari ni dan ada juga group whatsapp untuk kumpulan kami. Dan kebetulan akak ni ada add Ida dalam Facebook dan kami pun ada berbual sikit.

Tak sangka juga Ida rupanya akak ni seorang penulis buku. Dan Ida ada juga beli salah sebuah buku karya beliau iaitu 
"Kiblat Kehidupan". Buku ni berkisahan gabungan kisah-kisah sahabat beliau yang pernah ke tanah suci. Menceritakan pengalaman mereka. So bagi mereka yang rindukan tanah suci atau pun masih mencari-cari rujukan atau tips semasa berada di Tanah suci boleh la beli buku ini. Seronok baca, terubat rasa rindu nak ke Tanah suci lagi.



Dan ini ada beberapa buah buku lagi karya beliau.










Buku-buku ini dipantau sepenuhnya oleh Munshi Mohamad Musip agar tatabahasanya semua terpelihara. Gabungan 10 penulis dalam setiap buku menjadikan kisah-kisah buku ni lebih menarik.

Sesiapa berminat untuk dapatkan buku-buku ni boleh la jenguk facebook akak ni

Facebook : Umi Faridah

Post a Comment

2 Comments

  1. Kawan mencerminkan peribadi kan. Tahniah ida sebab ada kawan yang boleh mengingatkan pada agama..susah nak jumpa tu..Nurzarini

    ReplyDelete