Baru dapat mengadap blog ni. Kat media sosial pun tak menyempat nak update banyak-banyak.
Minggu ni bermula peperiksaan akhir tahun untuk anak-anak yang bersekolah. Walaupun anak Ida, Asyraf baru darjah 1 tapi nak kena ajar dia jugak supaya cemerlang dalam peperiksaan dia.
Masa ujian pertengahan tahun die dapat no 3 dalam kelas. Ini dia target nak lawan kawan dia supaya boleh dapat no 1 plak. Ida tak memaksa tapi tengok pada usahanya. Kalau dia berjaya alhamdulillah.
Agak busy jugak Ida sebab nak mengajar dan buat latihan. Nak tengok sama ada dia faham je tak. Balik sekolah dah memang bagi dia rehat, makan dan tidur sekejap. Bangun petang tu, buat latihan sikit dan bagi dia main. Malam sambung balik belajar.
Kalau belajar memanjang pun tak boleh. Nanti budak-budak jadi bosan dan mula buat main-main je. At least bagi dia rehatkan badan dan otak.
Pagi Ida memang busy nak uruskan rumah. Nak memasak sebelum pergi amik Asyraf sekolah. Mana nak bersihkan kandang kucing lagi. Tambah si Memey baru beranak. Anak-anak kucing tu dah mula buka mata, nak jalan pula. Lahir anak 6 ekor. Mula 2 ekor mati 2 hari selepas dilahirkan sebab terikat kaki dia dengan tali pusat. Lagi seekor dapat bertahan dalam seminggu lepas tu mati sebab kakinya pun dah cacat masa terikat tali pusat tu. So tinggal la 3 ekor sahaja sekarang.
gambar ni masa masih ada 4ekor yang hidup
2 Comments
Good luck untuk anak akak semoga dipermudahakan urusan menjawab peperiksaan
ReplyDeletegood luck utk asyraf...sally pun busy sbb nk pindah rumah..huhu
ReplyDelete