9 TIPS TARIK PERHATIAN PELANGGAN SUPAYA SALE MENINGKAT

Assalammualaikum...

Sudah paparkan iklan sana sini tapi ada satu keadaan sale tetap sedu-sedu je kan. Ada jugak yang pelanggan kita kadang kala pergi kepada orang lain. Mungkin ini masanya kita aturkan startegi untuk tarik perhatian pelanggan supaya datang semula kepada kita.



Di sini Ida nak kongsikan 9 tips tarik perhatian pelanggan supaya sale meningkat.

9 TIPS TARIK PERHATIAN PELANGGAN SUPAYA SALE MENINGKAT


1. Free gift


Ini memang salah satu tip yang sangat bagus untuk menarik perhatian pelanggan. Yelah siapa yang tak suka benda free kan. Tambah kalau beli barang kat mall, item yang ada free gift tu lah kita aka tengok dulu kan.

Banyak jenis free gift korang boleh bagi. Contohnya face mask, keychain atau bagi yang jual supplement boleh berikan pillbox sebagai free giftnya.

2. Diskaun


Kalau sebut pasal diskaun ni memang ramai yang akan tertarik. Yelah kalau benda tu mahal tapi bila korang buat diskaun yang jauh beza harganya, siapa yang tak suka kan. Time ni la mesti ramai yang berduyun-duyun nak membeli dengan korang.

3. Penghantaran percuma (free delivery)



Pelanggan ni kadang kalau memang pelik sikit. Semua benda die nak free dan murah. Bila sebut je free delivery mesti ramai yang suka. Yelah taknyah bayar kos penghantaran.

Tapi korang kena bijak. Pastikan kos pos korang dah termasuk dalam item. So memudahkan pelanggan. Atau korang boleh iklan dengan pembelian sekian akan dapat free delivery.

4. Beli 1 percuma 1


Hah ni satu tips yang paling pelanggan suka. Bila beli 1 item akan dapat lagi 1 item free. Siapa tak suka kan. Andai kata korang beli kasut kegemaran korang lepas tu dapat lagi 1 kasut free. Hah..memang lah ramai yang berebut kan. Mungkin juga boleh iklankan beli 2 percuma 1. Pun berbaloi.

5. Add on



Kalau korang pergi Mc Donalds atau cawangan fast food yang lain mesti ada item ADD ON ni. Kenapa menarik? Sebab bila pelanggan tambah, item itu akan menjadi lebih murah berbanding kalau korang beli asing-asing. Ini dikatakan "upgrade sale". 


Contoh bila customer dah close deal dengan 1 item lepas tu korang offer plak yang lain dengan harga murah, pelanggan akan tertarik jugak kan? Malah sale korang jugak akan meningkat.

6. Free trial


Pernah tengok tak iklan di mall atau sebagainya yang iklankan "free trial". Contohnya facial spa yang iklankan "free facial " bagi pelanggan yang bawa kawan ke spa untuk membuat rawatan. Atau korang yang menjual produk skincare boleh berikan sampel kecil sebagai "free trial".

7. Ganjaran/reward


Kadang kala di mall korang akan diberitahu dengan pendaftaran ahli akan dapat reward dengan pembelian sekian..sekian. Mungkin jugak dalam bentuk point yang akan ditukarkan kepada ganjaran yang menarik nanti.

8. Lebih banyak lebih jimat


Maksudnya macam mana?

Pernah tak beli kuih donut di Dunkin Donuts. Lebih banyak korang beli lebih jimat kan? Ini salah satu startegi yang sangat menarik. Bukan sahaja ia sedap malah pelanggan tertarik dengan tawaran yang diberikan. So korang pun boleh gunakan startegi yang sama.

Contohnya menjual baju kanak-kanak. Beli sehelai RM 7 , kalau beli 3 helai RM 18. Jimat RM 3! Menarik kan? Lebih banyak lebih jimat.

9. Follow up


Jangan sangka kita menjual pada pelanggan setakat itu sahaja. Penting follou up supaya pelanggan akan terus membeli dengan kita. Dan dalam masa yang sama, kita membina hubungan yang baik dengan pelanggan supaya diorang tak cari orang lain.

Ida harap perkongsian Ida ni dapat membantu sale korang lebih meningkat.

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

2 Comments

  1. WOW! tips yang sangat bermanfaat. new intrepreneur boleh cuba tips-tips ni. thanks for sharing mummy

    ReplyDelete