TERJEBAK SHOPPING DI SHOPPE

Assalammualaikum...

Sejak bulan lepas Ida dah mula terjebak shopping kat Shopee.hahaha. Sebelum ni tak layan sangat sebab tak faham sistem pembayaran die macam mana. Sebab sebelum Ida hanya berniagakan produk kat sana, So tak faham macam mana duit akan keluar masuk. Lepas dah faham, mula la hari-hari asyik nak buka je Shopee tu.




Shopee sama je juga macam Lazada atau web jualan online yang lain. Korang dapat survey, dapat cari barang yang korang nak dengan harga yang murah. Malah Shopee juga kerap melakukan sale.

Macam minggu lepas. Pembelian at least RM10 pun dapat FREE SHIPPING. Hah time ni la ramai yang berpusu-pusu redeem voucher dan membeli di Shopee termasuk Ida sendiri.


Barang sampai pun macam Lazada juga. Kadang cepat, kadang lambat sebab kadang kala barang yang kita beli tu dari China, so ambil masa sedikit nak sampai.

Buat masa ni barang yang selalu Ida beli kat Shopee ialah makanan kucing. Rupanya beli makanan kucing kat web online lebih murah dari beli kat kedai. Suami Ida pun kalau nak beli apa-apa die cakap try tengok kat Shopee. hahaha. Dia dah terjebak shopping kat Shopee dah lama, Ida baru start berjinak-jinak.hahahaha.


Di Lazada juga Ida selalu beli barang dan kebanyakannya kawan-kawan Ida juga ada mintak tolong orderkan untuk diorang.

Bagi yang memang suka shopping online ni boleh la layari Shopee untuk "cuci mata".hehehe.

2 comments: